Wimbledon: Saya Tewas Dan Sedih - Nadal

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2015 4:53 AM

Nadal tersingkir pada pusingan kedua buat kali pertama dalam aksi grand slam.

(Ubah saiz teks)

JUARA dua kali Wimbledon, Rafael Nadal ditunjuk jalan keluar oleh pemain di ranking ke-102 dunia, Dustin Brown pada pusingan kedua dengan mencatat keputusan 7-5 3-6 6-4 6-4 awal pagi Jumaat.


Bekas pemain No.1 dunia itu diletakkan sebagai pemain pilihan ke-10 berdasarkan ranking dunia semasa yang jatuh selepas hampir setahun berdepan dengan kecederaan.

Nadal gagal menepis servis kencang Brown yang beraksi cemerlang dengan mempamer pelbagai corak pukulan yang mengelirukan bintang Sepanyol itu.

Brown yang berasal dari Jamaica namun menukar kerakyatan Jerman pada tahun 2010 berjaya mencatat kemenangan ke-13 perlawanan ini keseluruhan.

Dengan kekalahan ini, Nadal mencatat rekod kekalahan buat pertama kali kepada pemain yang beraksi pada peringkat pusingan kelayakan dalam semua aksi grand slam.

“Kadang-kala kamu akan bertemu dengan pemain yang tidak mahu bermain dari baseline lebih-lebih lagi di gelanggang ini.

“Dan dia (Brown)  adalah salah seorang daripadanya. Kamu tidak boleh melakukan sebarang kesilapan jika berdepan dengan pemain seperti dia. Kamu sedar, tidak ada apa yang rugi bermain seperti itu. Mula-mula dia melakukan  servis dan kedua dia melakukan kelajuan hampir sama.

“Keseluruhannya saya bermain tanpa rentak sebenar. Saya gagal memukul tiga servis berturut-turut. Dan apabila kamu perlu memukul bola itu, kamu tidak ada keyakinan. Itulah yang berlaku.

"Saya tewas dan sedih. Namun dalam sukan pastinya ada hari baik dan teruk. Dan hari ini hari yang teruk,” jelas Nadal.



Tags / Kata Kunci: Wimbledon , Rafael Nadal , Dustin Brown

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan