Wimbledon: Syarat Penganjur Sangat 'Berlebihan' - Mattek-Sands

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 2:23 PM

(Ubah saiz teks)

BETHANIE Mattek-Sands kecewa denga polisi pihak penganjur Wimbledon yang meletakkan syarat hanya pakaian putih sahaja dibenarkan ketika berada  di gelanggang.

Pemain Amerika Syarikat yang mempunyai tatu di bawah lengannya berasa bimbang sekiranya kerap membasuh baju putih ini, warnanya putihnya akan hilang (warna bertukar off-white) sekaligus dikira melanggar peraturan yang ditetapkan.

Pemain di ranking ke-158 dunia ini mendedahkan bahawa dia tidak akan memakai gaun putih pada majlis perkahwinannya kelak. 

Malah pemain ini juga turut bersetuju dengan Roger Federer yang menganggap peraturan ini sebagai 'tak masuk akal' sebelum perlawanan baru-baru ini.

"Saya rasa sedikit berlebihan. Sebenarnya saya mengemas beg pakaian saya dengan beberapa skirt bewarna, namun ia tidak digunakan tahun ini.

"Saya sangat kecewa, Saya ada membuat pencarian di Google beberapa pemain seperti John McEnroe, Arthur Ashe mereka dilihat berwarna-warni.

"Pakaian mereka ada pelbagai warna," jelasnya.

Sementara itu, Mattek-Sands bakal bertemu dengan Belinda Bencis pada aksi ketiga selepas menundukkan Ivanovic yang berada di ranking 151 dengan keputusan 6-3 6-4.

Tags / Kata Kunci: Mattek-Sands , Wimbledon , Baju putih

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan