Kekasih Maria Sharapova, Grigor Dimitrov Mara Ke Pusingan Ketiga Wimbledon - Raket | mStar

Kekasih Maria Sharapova, Grigor Dimitrov Mara Ke Pusingan Ketiga Wimbledon

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2015 10:24 PM

Grigor Dimitrov

(Ubah saiz teks)

KEKASIH Maria Sharapova, Grigor Dimitrov berjaya mara ke pusingan ketiga Kejohanan Wimbledon setelah dia menumpaskan pemain Amerika, Steve Johnson.

Dimitrov yang merupakan semi-finalis tahun lalu menang 7-6 (10-8) 6-2 7-6 (7-2).

Untuk kejohanan tahun ini pemain dari Bulgaria yang berusia 24 tahun itu adalah pemain pilihan kesebelas.

Tahun lalu dia menumpaskan hero tempatan, Andy Murray di peringkat suku akhir sebelum tewas di tangan Novak Djokovic di separuh akhir. Djokovic muncul sebagai juara selepas itu.

Kini Dimitrov bakal berhadapan dengan Richard Gasquet, iaitu pemain pilihan ke-21 yang berjaya menumpaskan rakan senegaranya, Kenny de Schepper 6-0 6-3 6-3.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan