Nadal Jadi Pemain Pilihan Ke-10 Pada Aksi Wimbledon

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 12:02 PM

(Ubah saiz teks)

JAGUH tenis Sepanyol, Rafael Nadal diletakkan sebagai pemain pilihan ke-10 menjelang Kejohanan Wimbledon bermula 29 Jun hingga  12 Julai ini.

Manakala Novak Djokovic dari Serbia yang menguasai kedudukan No.1 dunia menjadi pilihan utama, diikuti Roger Federer (Sepanyol) dan pilihan ketiga adalah Andy Murray (Britain).

Juara Wimbledon 2008 dan 2010 itu mengharungi musim yang agak sukar tahun ini dan berdasarkan rekod Nadal mencatat 33 kemenangan, 10 kekalahan malah hanya dua trofi kejuaraan (Buenos Aires dan Stuttgart) sahaja musim ini.

Rekod itu memberi kesan kepada kedudukan ranking ATP Nadal,29, yang kini berada di kedudukan ke-10.

Selain itu Stan Wawrinka (Swiss) di tangga keempat diikuti jaguh dari Asia, Kei Nishikori (Jepun), dan keenam Tomas Berdych (CZE).

Perubahan kecil hanya berlaku ke atas pemain Kanada Milos Raonic yang bertukar kedudukan dari lapan ke tangga ke-7 dengan rakan senegara Nadal iaitu David Ferrer.

Manakala pemain Croatia, Marin Cilic menjadi pemain pilihan ke-9 kejohanan.

Tags / Kata Kunci: Wimbledon , Nadal

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan