Kyrgios Berpisah Dengan Jurulatih Sebelum Wimbledon

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 11:50 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN muda tenis Australia, Nick Kyrgios sekali lagi berpisah dengan jurulatihnya untuk kali kedua dalam tempoh setahun selepas membuat keputusan enggan meneruskan khidmat Todd Larkham hanya beberapa hari sebelum bermulanya kejohanan Wimbledon.

Kyrgios,20, yang dilihat sebagai prospek muda yang mempunyai masa depan cerah dalam sukan tenis mengumumkan keputusannya itu menerusi laman webnya dan mendedahkan keputusan tersebut dibuat bersama-sama dengan jurulatihnya dan mereka tetap akan kekal sebagai kawan.

Hubungan Larkham dan Kyrgios bukanlah baharu memandangkan pemain muda ini mendapat bimbingan awal dari jurulatih itu.

Mereka kembali bersama tahun lalu selepas Kyrgios itu memecat jurulatih sebelum ini, Simon Rea sebaik sahaja kejohanan Wimbledon berakhir.

"Ia bukanlah satu keputusan yang mudah untuk menamatkan hubungan dengan jurulatih lebih-lebih lagi sebelum kejohanan Grand Slam bermula.

"Tetapi saya merasakan ia adalah keputusan yang tepat buat masa ini dan saya akan bekerja lebih rapat dengan pasukan saya serta Tenis Australia untuk kejohanan Wimbledon.

"Malah kami akan berkumpul semula selepas kejohanan ini untuk berbincang pelan yang terbaik untuk masa hadapan," kata Kyrgios.

Pemain di ranking ke-29 dunia itu mengharungi pelbagai kejohanan sejak berjaya mara ke saingan suku akhir di Melbourne Park dan berjaya mara ke perlawanan akhir ATP di Estoril namun dalam masa yang sama terpaksa berdepan dengan masalah kecederaan siku.

Gara-gara kecederaan tersebut,  Kyrgios terpaksa menarik diri daripada kejohanan di Stuttgart awal bulan ini serta aksi pemanas badan di Nottingham sebelum bermulanya Kejohanan Wimbledon Isnin ini.

Tags / Kata Kunci: Nick Kyrgios , Australia , Todd Larkham

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan