Hanya 33 Minit Chong Wei Layak Ke Pusingan Ketiga GP Emas Terbuka AS

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2015 12:52 PM

Chong Wei akan berdepan wakil China pada pusingan ketiga GP Emas Terbuka AS, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

AKSI cemerlang Datuk Lee Chong Wei pada perlawanan menentang  pemain Denmark Rasmus Fladberg melayakkannya ke pusingan ketiga Grand Prix (GP) Emas Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Bekas juara dunia itu memerlukan hanya 33 minit untuk menewaskan Fladberg dalam usahanya merangkul kejuaraan pertama selepas memenuhi hukuman penggantungan selama lapan bulan.

Berlangsung di Suffolk Country Community College, New York, Chong Wei mencatat kemenangan mudah 21-13, 21-11 untuk menempah tiket ke pusingan ketiga bertemu wakil China Kai Guo, Jumaat.

Jurulatih perseorangan negara Hendrawan berkata, fokus utama Chong Wei beraksi di kejohanan itu adalah untuk memperbaiki rankingnya.

“Kalau melihat kepada barisan pemain yang beraksi di saingan ini, sememangnya tidak banyak pemain utama di sini.

“Tapi untuk Chong Wei, dia perlu sesuaikan diri dengan cepat kerana sudah lama tidak beraksi.

“Apapun, Kejohanan Dunia adalah keutamaan Chong Wei tahun ini.

“Kalau menang saingan ini ia adalah bonus kerana pasti dapat meningkatkan ranking dia dengan lebih cepat,” katanya.


Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , GP Emas Terbuka AS , Denmark

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan