Chong Wei Hadiahkan Raket Kepada Pesakit Kanser

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 11:38 PM

-foto FAIHAN GHANI/The Star

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menghadiahkan sebuah rakey miliknya kepada rakyat Singapura, Joven Hsieh, yang menghidap kanser otak peringkat keempat.

Chong Wei meluangkan masa bertemu peminatnya itu yang hadir memberi sokongan kepadanya dalam perlawanan separuh akhir acara berpasukan pada Khamis.

Joven berkerusi roda turut mengambil gambar kenang-kenangan bersama ikon sukan badminton itu.

"Datuk Norza (Ketua Kontinjen) memberitahu saya ada seorang pesakit kanser (Joven) mahu bertemu saya. Saya terus setuju untuk berjumpa selepas selesai perlawanan.

"Pesakit itu juga mahu sanggup keluar dari hospital untuk sementara waktu semata-mata mahu bertemu saya. Saya memberikan raket yang saya guna tadi sebagai hadiah. Saya berharap beliau tabah dan kuat menghadapi penyakitnya itu," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan