Goh V Shem/Tan Wee Kiong Gagal Ke Suku Akhir Terbuka Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 10:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu lelaki utama negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong gagal ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Stadium Istora Senayan di Jakarta, Khamis.

V Shem/Wee Kiong tewas kepada pasangan pilihan kelapan dari China Fu Haifeng/Zhang Nan 14-21 dan 15-21 dalam masa 30 minit.

Fu Haifeng/Zhang Nan akan berdepan beregu pilihan kedua Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark di suku akhir.

Terdahulu, pasangan Denmark itu mengalahkan beregu tuan rumah Andrei Adistia/Hendra Aprida Gunawan 21-18 dan 21-14.

Beregu negara itu akan menyertai skuad badminton kebangsaan di Sukan SEA Singapura, untuk melaksanakan misi memburu pingat emas dalam acara individu dan berpasukan pada temasya itu yang akan membuka tirai secara rasmi, Jumaat.

Ketika ditemui Bernama, V Shem berkata walaupun keletihan selepas beraksi di Terbuka Indonesia, ia tidak melunturkan semangat mereka untuk menampilkan yang terbaik pada Sukan SEA Singapura.

"Kami menerima kekalahan ini dengan hati terbuka kerana sememangnya beregu China itu hebat dan sukar ditandingi tetapi kami sudah melakukan yang terbaik," katanya bahawa mereka akan berlepas ke Singapura esok.

V Shem yakin mereka mampu membuktikan sesuatu di Sukan SEA dan menganggap  saingan di Jakarta itu, sebagai persiapan terbaik bagi menghadapi temasya dwitahunan itu.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan