Tenis Terbuka Perancis: Juara Bertahan Maria Sharapova Mara Ke Pusingan Ketiga

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 7:24 PM

(Ubah saiz teks)

JUARA bertahan Terbuka Perancis, Maria Sharapova berjaya mara ke pusingan ketiga selepas mencatatkan kemenangan ke atas rakan senegaranya, Vitalia Diatchenko dari Rusia, 6-3, 6-1.

Pemain ranking kedua dunia itu kini akan bertemu dengan pemain Australia, Sam Stosur, naib juara 2010 untuk tempat ke pusingan 16 pemain terakhir pada Khamis.

Tahun lalu, kedua-dua pemain ini bertemu di pusingan keempat.

Sharapova adalah juara Terbuka Perancis sebanyak dua kali dan menjadi naib juara sekali pada 2013 - tewas di tangan  Serena Williams.

Keseluruhannya Sharapova pernah memenangi lima kejuaraan Grand Slam. Siri kejuaraan Grand Slam ialah Terbuka Australia, Perancis, Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat.

Tags / Kata Kunci: Tenis , Maria Sharapova

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan