Wei Feng Wakil Tunggal Perseorangan Negara Pada Terbuka Australia

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 7:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara, Chong Wei Feng menjadi wakil tunggal Malaysia dalam undian utama acara perseorangan lelaki pada kejohanan Terbuka Australia 2015 yang berlangsung di Sydney, Australia.

Wei Feng yang terpaksa menyerahkan slotnya untuk beraksi pada Kejohanan Dunia, kepada Datuk Lee Chong Wei, mara ke saingan undian utama selepas menumpaskan dua lawannya pada pusingan kelayakan.

Wei Feng, 27, mengalahkan pemain Jepun, Riichi Takeshita 21-19 dan 21-7 pada perlawanan pusingan awal dan mencatat kemenangan 21-9 dan 21-11 ke atas pemain Australia, Michael Fariman pada perlawanan kedua.

Wei Feng yang kini berada pada kedudukan ke-32 dalam ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dijangka berdepan pemain di ranking ke-16 dunia dari Korea Selatan, Lee Yun Il dalam aksi undian utama pada Rabu.

Sementara itu, Zulfadli Zulkifli dan Al Wei Jian gagal melepasi pusingan pertama aksi kelayakan apabila tumpas kepada lawan masing-masing, manakala Mohd Arif Abdul Latiff ditunjuk jalan keluar pada pusingan kedua aksi kelayakan dalam acara perseorangan lelaki.

Dalam pada itu, Tee Jing Yi dan pemain bebas Lyddia Cheah meneruskan cabaran Malaysia dalam undian utama acara perseorangan wanita selepas menewaskan lawan masing-masing.

Jing Yi mengalahkan pemain Australia Melinda Sun 21-11 dan 21-15, manakalaLyddia Cheah mengambil masa 24 minit untuk menumpaskan Jamie Subandhi dari Amerika Syarikat dengan 21-15 dan 21-11.

Bagi acara beregu lelaki, pasangan Mak Hee Chun/Teo Kok Siang dan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mara ke undian utama, untuk menyertai gandingan Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang akan beraksi dalam perlawanan pembukaan menentang pasangan Denmark Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen.

Vivian Hoo/Woon Khe Wei pula dijangka berdepan pilihan ketiga, Reika Kakiiwa/Miyuki Maeda dari Jepun, manakala Amelia Alicia Anscelly/Soong Fie Choakan menentang pasangan Thailand Duanganong Aroonkesorn/Kunchala Voravichitchaikul dalam acara beregu wanita.

Beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying meneruskan aksi terbaik mereka pada Piala Sudirman, dengan mara ke undian utama Terbuka Australia selepas mengetepikan cabaran pasangan Jepun Kenta Kazuno/Ayane Kurihara dalam perlawanan pembukaan, sebelum mengalahkan gandingan tuan rumah, Robin Middleton/Leanne Choo pada pusingan kedua.

Peng Soon/Liu Ying akan berdepan pasangan Korea Selatan Shin Baek Choel/ChaeYoo Jung dalam undian utama.

Tags / Kata Kunci: Chong Wei Feng , Terbuka Australia

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan