Chris Kirk Juara PGA AS - Raket | mStar

Chris Kirk Juara PGA AS

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 10:13 AM

Chris Kirk menjulang trofi kejuaraan PGA AS yang dimenanginya buat kali keempat, Ahad.

(Ubah saiz teks)

FORT WORTH: Pemain Amerika Syarikat (AS), Chris Kirk merangkul kejuaraan PGA AS keempat sepanjang kariernya pada Isnin apabila mencatat empat bawah par 66.

Lebih menggembirakan pemain ranking ke-23 dunia itu, kemenangan pada kejohanan Jemputan Crowne Plaza itu dicapai dengan satu pukulan.

Kirk berakhir dengan 12 bawah par 268 untuk meraih hadiah juara AS$1.17 juta (RM4.2 juta), manakala Jordan Spieth, pemain ranking kedua yang juga juara Masters AS, berkongsi tangga kedua dengan rakan senegara dari AS, Jason Bohn dan Brandt Snedeker dengan 269.

Kirk, sebelum ini menjuarai Klasik Viking 2011, Klasik McGladrey 2013 dan Kejohanan Deutsche Bank September lalu.

“Tidak sangka hayunan saya bagus awal minggu tapi saya berjaya melakukannya,” kata Kirk. - AFP


Tags / Kata Kunci: PGA AS , Chris Kirk , Jemputan Crowne Plaza
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan