Prebiu Terbuka Perancis: Cabaran Sukar Buat Nadal

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mei 2015 10:57 AM

Rafael Nadal akan mencuba untuk muncul juara Terbuka Perancis buat kali yang kesepuluh tahun ini.

(Ubah saiz teks)

JUARA sembilan kali dan tahun lalu, Rafael Nadal mendapati tahun ini dia bakal berhadapan dengan laluan sukar untuk mempertahankan kejuaraannya itu setelah ranking dunia merudum ke kedudukan paling rendah dalam tempoh 10 tahun.

Oleh kerana ranking dunianya telah jatuh, Nadal telah diletakkan sebagai pemain pilihan ketujuh. Tapi telah dinaikkan ke pilihan keenam selepas pemain Kanada, Milos Raonic menarik diri atas sebab kecederaan.

Sejak 2005, Nadal menjuarai siri Grand Slam yang kedua dalam kalender tahunan iaitu Terbuka Perancis kecuali bagi tahun 2009 sahaja. Tahun itu dimenangi oleh Roger Federer.

Tahun lalu dia menumpaskan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dalam empat set.

Jika dia berjaya mempertahankan kejuaraannya tahun ini, Nadal akan mencipta sejarah meraih trofi Terbuka Perancisnya yang kesepuluh. Tidak ada pemain dalam era moden ini yang berjaya berbuat demikian.

Sejak 2004, Nadal memenangi sekurang-kurangnya satu kejuaraan atas gelanggang tanah liat dan daripada keseluruhan 65 trofi yang dimenanginya sejak menjadi pemain pro, 92 peratus dicapai atas tanah liat.

Daripada jumlah itu, sembilan di Roland Garros, lapan di Terbuka Barcelona, lapan di Terbuka Monte Carlo, tujuh di Terbuka Rom, tiga di Terbuka Madrid manakala 11 lagi di perlbagai kejohanan ATP. Nadal hanya pernah menang tiga kali sahaja di gelanggang rumput dan 16 kali di gelanggang keras.

Tahun ini prestasinya tak begitu memberansangkan - hanya menang satu kejuaraan di Terbuka Argentina dan menjadi naib juara di Terbuka Madrid tewas di tangan Andy Murray 10 Mei lalu.

Berdasarkan susunan undian kali ini, Nadal dijadualkan untuk bertemu Djokovic, 28, pada peringkat suku akhir nanti.

"Saya berasa sangat aneh...ia tidak pernah berlaku dalam sejarah penyertaan saya di Roland Garros sebelum ini," kata Nadal mengulas mengenai kedudukan semasanya dalam satu sidang akhbar pada Jumaat.

Tetapi berlainan pula dengan apa yang dirasai oleh Djokovic. Dia memasuki gelanggang Terbuka Perancis dengan rekod cemerlang sepanjang tahun ini - memenangi 22 perlawanan tanpa kalah dan merangkul gelaran Grand Slam yang pertama di Terbuka Australia  dan selepas itu menang Kejuaraan Master di Indian Wells, Terbuka Miami, Monte Carlo dan Rom.

Djokovic mempunyai keazaman yang khusus tahun ini iaitu untuk menjadi pemain tenis dunia yang kelapan menang di kesemua empat kejuaraan Grand Slam dalam satu musim.

Dalam undian untuk pusingan pertama, dia akan berhadapan dengan pemain berusia 33 tahun iaitu Jarkko Neiminen manakala Nadal pula bakal ditentang oleh pemain muda berusia 18 tahun iaitu Quentin Halys dari Perancis - pemain di ranking ke-304 dunia.

Sementara itu, pemain pilihan kedua, Roger Federer yang juga juara 2009 turut berada di laluan sukar iaitu dijangka bertemu Stan Wawrinka.

Manakala pilihan ketiga, Andy Murray pula dijangka bertemu dengan David Ferrer dan Tomas Berdych akan bertemu pemain ranking tertinggi dari Asia, Kei Nishikori. Murray berjaya sampai ke peringkat separuh akhir tahun lalu.

Terbuka Perancis 2015 akan bermula esok.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan