Zulfadli Akui Tugas Berat Menanti Di Jakarta

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 5:03 PM

Zulfadli anggap pemilihannya mewakili negara ke Jakarta sebagai peluang keemasan untuk menampilkan prestasi terbaik.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan bebas badminton negara, Zulfadli Zulkifli mengakui tugas berat menantinya selepas dipilih memikul cabaran pada Kejohanan Badminton Dunia di Jakarta, Ogos ini.

“Saya anggap ia peluang keemasan untuk beraksi pada kejohanan dunia walaupun sedar bukan mudah kerana di situ semua pemain terbaik dunia akan berkumpul.

“Tidak dinafikan saya gembira dan bersyukur dengan peluang ini dan akan cuba membuat persiapan sewajarnya dalam tempoh tiga bulan ini,” jelasnya kepada mStar Online pada Selasa.

Anak sulung daripada tiga beradik ini berkata, pengalaman beraksi pada peringkat remaja dunia sebelum ini diharap dapat mengatasi tekanan berdepan dengan lawan nanti.

“Pengalaman menyertai beberapa kejohanan antarabangsa sebelum ini diharap mampu membantu mengatasi tekanan ketika berdepan dengan lawan yang mempunyai ranking lebih baik.

“Saya tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) ini dan mahu lakukan yang terbaik, namun tidak meletakkan sebarang sasaran kerana baru pertama kali menyertai kejohanan dunia ini.

“Sebelum terbang ke Jakarta, saya akan menyertai beberapa kejohanan lain yang boleh menilai prestasi semasa sekaligus dapat memperbaiki corak permainan sendiri, antaranya Terbuka Australia Super Series, Terbuka Indonesia Super Series, Terbuka Amerika Syarikat dan beberapa lagi.

“Dari segi latihan pula, saya berlatih dua jam sehari bersama jurulatih peribadi iaitu bapa sendiri yang sudah melatih saya sejak dulu lagi,” katanya yang mula bermain badminton sejak berusia empat tahun.

Zulfadli,22, merupakan pemain remaja pertama Malaysia menjuarai gelaran perseorangan Badminton Remaja Dunia 2011 sejak edisi pertama 1992 dilihat mempunyai peluang menggantikan pemain no.1 negara, Datuk Lee Chong Wei dalam tempoh beberapa tahun lagi.

“Saya tidak mahu meletak sasaran terlalu tinggi kerana banyak lagi pengalaman yang perlu saya cari. Namun jauh disudut hati, impian saya adalah ini menjadi juara Seluruh England, Kejohanan Dunia, Sukan Asia dan juga Sukan Olimpik.

“Untuk mencapai impian itu saya perlu bekerja keras dan tidak mudah putus asa,” jelas Zulfadli.

Minggu lalu, Zulfadli diumum akan bergandingan dengan Chong Wei pada kejohanan dunia ini, sekaligus mengetepikan seorang lagi pemain perseorangan negara, Chong Wei Feng.

Walaupun Zulfadli dan Wei Feng layak secara merit ke Jakarta, namun BAM membuat keputusan memilih Chong Wei yang sudah bebas daripada penggantungan lapan bulan selepas gagal ujian doping.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menetapkan setiap negara hanya boleh menghantar dua pemain sahaja menyertai kejohanan itu.

Berdasarkan ranking dunia, kedudukan Wei Feng jauh lebih baik dengan berada di ranking ke-31, diikuti Zulfadli 41 dunia manakala kedudukan Chong Wei jatuh ke-45 dunia.


Tags / Kata Kunci: Zulfadli Zulkifli , Jakarta , BAM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan