Djokovic-Federer Melangkah Ke Final Terbuka Roma

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2015 3:14 PM

Djokovic yang sudah tiga kali menjuarai Terbuka Roma bakal berentap dengan Federer pada final kejohanan sama.

(Ubah saiz teks)

BUAT kali pertama pada kejohanan tenis Terbuka Roma, Novak Djokovic hanya memerlukan dua set untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir, sekali gus semakin hampir untuk merebut kejuaraan Masters 1000 yang ke-24.

Pemain nombor satu dunia itu yang telah memenangi tiga kejuaraan Terbuka Roma akan bertemu Roger Federer pada perlawanan akhir selepas menumpaskan rakan senegaranya, Stanislas Wawrinka 6-4, 6-2.

Djokovic kini mengekalkan rekod tanpa kalah kepada 21 perlawanan tetapi terpaksa bekerja keras pada kejohanan tersebut apabila hanya mampu mencatat kemenangan tipis ke atas Nicolas Almagro, Thomaz Bellucci dan Kei Nishikori.

Prestasi Djokovic kelihatan lebih baik ketika menentang David Ferrer dan pemain pilihan utama kejohanan tersebut hanya perlu membalas dua pukulan untuk meraih kemenangan kesembilan menentang pemain Sepanyol itu.

"Ini merupakan prestasi terbaik saya dan pada kejohanan ini saya berpuas hati serta gembira kerana berjaya layak ke final," kata Djokovic.

Satu-satunya kekecewaan Djokovic adalah mengenai keadaan gelanggang Centrale, malahan dia berulang kali mengadu mengenai keadaan tanah liat di situ.

"Itulah satu perkara yang saya rasa patut dikendalikan dengan lebih baik dan saya sepatutnya tidak perlu rasa terlalu berdebar kerana tiada apa yang boleh saya lakukan mengenai keadaan gelanggang," katanya lagi.

Dalam pada itu, Federer bangkit semula daripada ketinggalan 3-0 pada set pertama dan mendominasi rakan sepasukannya di Piala Davis, Wawrinka.

"Saya gembira kerana dapat bangkit semula selepas ketinggalan dan saya pasti Stan mampu beraksi lebih baik daripada apa yang ditunjukkan hari ini (Sabtu)," kata Federer.

Federer akan beraksi di perlawanan akhir Terbuka Roma yang keempat dalam kariernya dan ini adalah satu daripada dua kejohanan yang belum pernah dimenanginya, selain Terbuka Monte Carlo.


Tags / Kata Kunci: Terbuka Roma , Novak Djokovic

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan