Terbuka British: Nicol Bakal Bertemu Laura Di Separuh Akhir - Raket | mStar

Terbuka British: Nicol Bakal Bertemu Laura Di Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 11:09 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia dari Malaysia, Datuk Nicol Ann David mara ke separuh akhir pada Kejohanan Terbuka British 2015 selepas menewaskan pemain tuan rumah, Sarah-Jane Perry di Airco Arena Hull, England pada Jumaat.

Nicol, pilihan utama kejohanan mengambil masa 46 minit untuk memenangi perlawanan suku akhir berkenaan dengan straight set 11-6, 11-8 dan 12-10.

"Saya rasa saya telah bermain dengan baik hari ini. Saya bertindak dengan penuh tenaga dan tepat. Sarah-Jane adalah seorang lawan yang sukar..gembira untuk mencatat kemenangan straight set.

"Pada set ketiga, saya tidak mahu mengalah dan saya benar-benar mahu mara ke  separuh akhir. Jadi saya terus berjuang sepanjang perlawanan," kata Nicol sebagaimana dipetik dalam laman web rasmi kejohanan http://allambritishopensquash.com.

Terdahulu, dalam kejohanan sama, pemain nombor tiga Malaysia, Delia membuat sekali lagi kejutan apabila menyingkirkan pemain pilihan kedua Raneem El Weleily dari Mesir dengan 4-11, 16-14, 10-12, 11-6 dan 12-10 dalam masa satu jam sembilan minit untuk mara ke separuh akhir.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan