Terbuka British: Rentak Cemerlang Delia Berakhir Di Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 10:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita nombor tiga Malaysia, Delia Arnold gagal meneruskan aksi cemerlang dalam Kejohanan Terbuka British 2015 apabila terkandas pada saingan separuh akhir di Arena Hull, England, Sabtu.

Menurut laman web rasmi kejohanan, http://allambritishopensquash.com, pemain nombor 29 dunia itu tersingkir di tangan pemain Perancis, Camille Serme dalam straight set 11-3, 11-7 dan 11-6 pada pertarungan selama 33 minit.

Bagaimanapun, mara ke separuh akhir merupakan pencapaian terbaik Delia selepas melepasi pusingan kelayakan untuk ke undian utama kejohanan.

Pemain berusia 29 tahun itu melakukan kejutan di undian utama apabila menyingkirkan pemain nombor tiga dunia dan pilihan kelima, Alison Waters dari England pada pusingan pertama, Selasa lepas.

Pada pusingan kedua, Delia meneruskan peranan sebagai 'pembunuh gergasi' apabila menumpaskan pilihan ke-11, Annie Au dari Hong Kong.

Pada Jumaat, Delia melakukan kejutan apabila mara ke separuh akhir dengan mengalahkan pemain nombor dua dunia, dari Mesir, Raneem El Weleily 4-11, 16-14,10-12, 11-6 dan 12-10 pada saingan suku akhir. 

Tags / Kata Kunci: Delia , Terbuka British

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan