Nicol Mara Ke Suku Akhir Terbuka British

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mei 2015 11:56 AM

Nicol Ann David.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David mara ke suku akhir pada Kejohanan Terbuka Skuasy British 2015 di Airco Arena di Hull, England pada Khamis.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu selangkah lagi untuk merangkul kejuaraan kali keenam apabila berjaya menewaskan pemain tuan rumah Emma Beddoes 11-9, 9-11, 11-8 dan 11-5 dalam masa 53 minit.

"Prestasi Emma benar-benar baik, terutama di hadapan penyokong sendiri yang mendorong beliau. Saya tahu ia akan menjadi sukar dan ia benar-benar berlaku. Saya berjaya bermain dengan baik pada penghujungnya dan mengawal permainan saya," kata Nicol dalam laman web rasmi kejohanan, http://allambritishopensquash.com.

Nicol akan menghadapi tentangan seorang lagi pemain Inggeris yang juga pilihan ke-13, Sarah-Jane Perry dalam perlawanan suku akhir itu.

"Esok, saya akan bertemu Sarah-Jane yang telah mencapai kejayaan hebat. 

"Saya akan memastikan saya mengawal perlawanan dan saya tidak sabar untuk perlawanan itu," kata Nicol.

Terdahulu, Sarah-Jane berjaya menempah tempat ke suku akhir selepas menyingkirkan Donna Urquhart dari Australia dengan kemenangan 11-5, 11-7, 7-11 dan 11-6 pada pertemuan pusingan kedua.

Pada Rabu, pemain nombor tiga negara, Delia Arnold mencatat kemenangan sensasi kedua berturut-turut selepas berjaya menewaskan pemain Hong Kong Annie Au sekali gus mencipta 'keputusan terbaik' buat dirinya dalam perlawanan pusingan kedua.

Delia menjadi pemain pertama layak ke suku akhir buat kali pertama.

Beliau akan bertemu pemain nombor dua dunia, Raneem El Welily pada 1 tengah hari waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia, Jumaat).

Sementara Nicol akan bertemu Sarah-Jane dalam perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada 6.15 petang waktu tempatan (1.15 pagi waktu Malaysia, Sabtu).

Tags / Kata Kunci: Nicol Ann David , Skuasy

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan