Delia Mara Ke Separuh Akhir Terbuka British

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mei 2015 11:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita nombor tiga Malaysia, Delia Arnold terus mencipta kejutan pada Terbuka British 2015 di Airco Arena di Hull, London pada Jumaat.

Dalam aksi suku akhir yang menarik dan mendebarkan itu, Delia menewaskan pemain nombor dua dunia, Raneem El Weleily dari Mesir 4-11, 16-14, 10-12, 11-6 dan 12-10 pada perlawanan yang berlangsung selama satu jam sembilan minit.

"Saya seperti tidak percaya. Pada set pertama, Raneem beraksi begitu baik, jadi di set kedua, saya cuba bermain rali panjang.

"Saya benar-benar terkejut, saya tidak melakukan apa-apa berbeza, saya lakukan perkara yang sama minggu ini dan ia menjadi," kata Delia seperti yang dipetik dalam laman web rasmi kejohanan itu http://allambritishopensquash.com.

Beraksi pada undian utama selepas melepasi pusingan kelayakan, pemain berusia 29 tahun itu, sebelum ini melakukan dua kejutan untuk mara ke separuh akhir Terbuka British, iaitu pencapaian terbaiknya pada kejohanan itu, setakat ini.

Di pusingan pertama pada Selasa, Delia menumpaskan pemain pilihan kelima dari England, Alison Waters sebelum menewaskan pilihan ke-11, Annie Au dari Hong Kong pada hari berikutnya.

Delia akan berdepan pemain pilihan keenam, Camille Serme dari Perancis di separuh akhir, yang turut mencipta kejutan apabila mengalahkan pilihan keempat,  Nour El Sherbini dari Mesir.

Camille memenangi perlawanan yang berlangsung selama satu jam dan enam minit itu dengan 6-11, 11-7, 7-11, 11-9 dan 11-9.

"Berdepan Camille esok, saya akan melakukan yang terbaik," kata Delia.

Tags / Kata Kunci: Delia Arnord

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan