Piala Sudirman: Malaysia Kembali Jumpa Korea Selatan Aksi Suku Akhir

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2015 7:15 AM

Goh Wei Shem (kiri) dan Tan Wee Kiong meraikan kejayaan menundukkan pemain beregu Korea, Yong Dae Lee dan Yeon Seong Yoo pada Isnin lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan badminton negara sekali lagi akan bertemu Korea Selatan pada peringkat suku akhir kejohanan badminton Piala Sudirman di Dongguan, China, pada pukul 7 malam, Khamis.

Menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF), juara Kumpulan 1A, China pula diundi menentang naib juara kumpulan yang sama, Jerman di suku akhir.

Malaysia muncul juara Kumpulan 1D selepas menewaskan pasukan pilihan, Korea Selatan 3-2 pada perlawanan pertama, sebelum mengalahkan India 3-2.

Sementara itu, saingan suku akhir lain menyaksikan juara Kumpulan 1B, Jepun akan menentang juara Kumpulan 1C Denmark.

Manakala naib juara Kumpulan 1B, Taiwan bertemu naib juara Kumpulan 1C, Indonesia pada perlawanan yang akan diadakan Jumaat ini.

Jadual penuh perlawanan suku akhir pada Khamis

China lwn Jerman 7mlm

Malaysia lwn Korea Selatan, 7 mlm


Tags / Kata Kunci: Piala Sudirman , Malaysia , Korea Selatan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan