Terbuka Britain: Delia Tewaskan Pemain Ketiga Dunia Pada Aksi Pembukaan

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 7:37 AM

Delia (depan) menumpasakan Waters pada aksi pembukaan Terbuka Britain pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain wanita ketiga negara, Delia Arnold mencatat keputusan mengejut menumpaskan pemain nombor tiga dunia, Alison Watersdari England, pada pusingan pembukaan Kejohanan Skuasy Terbuka Britain 2015,yang berlangsung di Universiti Hull, England pada Selasa.

Delia yang tampil dari pusingan kelayakan menang 11-8, 11-5, 11-4 menewaskanAlison selaku pilihan kelima dalam masa cuma 35 minit, seperti dipetik dalam laman web kejohanan: www.allambritishopensquash.com.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur berusia 29 tahun itu dijangka menghadapi tugas mencabar bertemu pilihan ke-11 iaitu pemain Hong Kong Annie Au pada pusingan kedua lewat Rabu.

Au mara ke pusingan kedua selepas menang 3-1 (8-11, 11-6, 11-3, 12-10) ke atas pemain Guyana, Nicolette Fernandes dalam satu lagi aksi pusingan pembukaan.

Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David yang mengidam gelaran keenam Terbuka Britain, akan memulakan kempen untuk mempertahankan kejuaraan menentang pemain Wales, Tesni Evans, awal Rabu. -

Untuk rekod, pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu telah lima kali meraih gelaran kejohanan - 2005, 2006, 2008, 2012 dan 2014 - dan muncul naib juara pada 2007 dan 2013.

Satu-satunya wakil negara dalam kategori lelaki, Mohd Nafiizwan Adnan melangkah ke pusingan pertama selepas memenangi dua perlawanan awal.

Bagaimanapun, beliau menghadapi tugas berat menentang juara bertahan dan pemain nombor tiga dunia, iaitu pemain Perancis, Gregory Gaultier, juga pada awal Rabu.

Tags / Kata Kunci: Delia Arnold , Terbuka Britain

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan