Chong Wei Mahu Wei Feng Kekal Bersemangat

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 7:42 PM

Wei Feng antara nama yang disebut menggantikan tempat Chong Wei.
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap agar rakan seperjuangannya Chong Wei Feng tidak terus dibelenggu rasa kecewa kerana digugurkan daripada Kejohanan Badminton Dunia 2015 di Jakarta, Ogos ini.

Sebaliknya, beliau berkata Wei Feng perlu bangkit dan lebih bersemangat untuk memburu slot ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

"Saya harap dia (Wei Feng) akan kekalkan semangatnya, mungkin dia boleh sasar untuk kejohanan dunia akan datang tapi tahun depan tiada. Tapi Wei Feng boleh sasar untuk layak ke Olimpik tahun hadapan," katanya.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menamatkan teka teki selepas mengumumkan Chong Wei dan pemain profesional Zulfadli Zulkiffli dipilih ke Kejohanan Dunia, sekali gus nama Wei Feng digugurkan.

Wei Feng dan Zulfadli layak secara merit selepas masing-masing menduduki ranking ke-31 dan 41 dunia, manakala Chong Wei di tangga ke-45.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menetapkan bahawa setiap negara hanya boleh menghantar dua pemain perseorangan untuk kejohanan berkenaan.

Berdasarkan beberapa faktor, Wei Feng, 27, terpaksa disingkirkan bagi memberi laluan kepada Zulfadli, 21.

Selepas bebas dari penggantungan lapan bulan berikutan gagal ujian doping Ogos lepas, Chong Wei bagaimanapun tidak diberi tiket 'wild card' oleh BWF.

Bekas pemain nombor satu dunia itu muncul naib juara dua kali iaitu pada 2011 di London dan 2013 di Guangzhao, China.

Chong Wei yang mengetuai cabaran skuad badminton negara di Piala Sudirman di Dongguan, China mempamerkan prestasi memberangsangkan apabila menyumbang dua mata masing-masing ketika menentang Korea Selatan dan India.

Skuad badminton negara ketika ini mengungguli Kumpulan 1D selepas memenangi dua perlawanan sekali gus mara ke suku akhir.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Chong Wei Feng

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan