Wei Feng Atau Zulfadli?

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 9:39 PM

Antara Wei Feng (kiri) dan Zulfadli akan dipilih mewakili negara pada Kejohanan Dunia Ogos ini, selain Lee Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia(BAM) perlu memilih antara Chong Wei Feng atau Zulfadli Zulkifli untuk bertanding pada Kejohanan Badminton Dunia yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia, Ogos ini.

Pemilihan tersebut perlu dibuat selepas Persatuan Badminton Dunia(BWF) menolak permohonan wildcard yang telah dibuat untuk Datuk Lee Chong Wei.

Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, perbincangan harus dibuat untuk menilai beberapa perkara supaya keputusan yang dibuat adil bagi semua pihak.

“Seperti yang sedia maklum, kita tidak mendapat tiket wildcard seperti yang diharapkan untuk Chong Wei kerana Persatuan Badminton Dunia(BWF) membuat keputusan untuk tidak memberikan wildcard kepada mana-mana pemain.

“Wei Feng merupakan pemain di bawah BAM, manakala Zulfadli merupakan pemain bebas, jadi kami perlu memikirkan tentang kepentingan dan sensitiviti pelbagai pihak dalam membuat keputusan ini," katanya.

Sehubungan itu, Mohamad Norza berkata, beliau telah memohon kepada Setiausaha BAM, Ng Chin Chai serta Pengurus Besar BAM, Kenny Goh untuk mempercepatkan perbincangan bagi pemilihan pemain kerana tarikh akhir adalah pada 14 Mei.

Walaupun gagal mendapat tiket wildcard untuk Chong Wei, beliau menjelaskan, bekas pemain nombor satu dunia itu adalah pemain utama bagi kejohanan dunia itu.

"Kami (BAM) bersusah payah menyelesaikan kes doping Chong Wei untuk memastikan beliau tidak terlepas beberapa kejohanan penting untuk mengumpul mata bagi kelayakan ke Sukan Olimpik 2016," katanya.

Berdasarkan ranking terkini BWF, Wei Feng dan Zulfadli lebih layak mewakili negara pada kejohanan tersebut apabila masing-masing berada pada kedudukan ke-31 dan 41 dunia, namun tumpuan lebih ke arah Chong Wei kerana jaguh badminton negara itu merupakan prospek pingat buat Malaysia.

Chong Wei kini menghuni ranking ke-45 dunia ekoran penggantungan selama lapan bulan setelah gagal ujian doping.

Sepanjang penampilannya di Kejohanan Dunia bermula 2005, Chong Wei meraih dua pingat perak pada 2011 dan 2013, serta satu gangsa pada 2005.

Chong Wei turut meraih pingat perak pada kejohanan itu tahun lepas, namun ditarik balik apabila gagal dalam ujian doping pada Kejohanan Dunia yang berlangsung di Copenhagen, Denmark.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Chong Wei Feng , wildcard , BWF

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan