Sukan SEA: Pemain Muda Skuasy Negara Sasar Emas Pertama

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 4:44 PM

Sanjay Singh Chal

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad skuasy negara yang membariskan atlet muda menganggap kejohanan Sukan SEA ke-28 di Singapura, bulan depan  sebagai platform tepat untuk menonjolkan prestasi terbaik supaya berpeluang diserap dalam pasukan utama negara.

Kedua-dua pemain perseorangan kebangsaan yang berusia 21 tahun, Sanjay Singh Chal dan Muhammad Addeen Idraki berazam membuktikan kemampuan masing-masing.

Malahan, bagi pertandingan sulung sukan skuasy di Sukan SEA, mereka juga menyasarkan untuk layak ke perlawanan akhir bagi memastikan pingat emas menjadi milik Malaysia.

“Saya percaya ini merupakan peluang untuk kami menunjukkan prestasi terbaik bagi menaikkan nama Malaysia dalam sukan ini.

“Kami juga mahu membuktikan bahawa kami mampu menggantikan pemain senior atau sekurang-kurangnya layak menyertai pasukan utama,” kata Sanjay ketika ditemui di Institut Sukan Negara (ISN), Jumaat.

Mengenai latihan yang dijalankan di England, anak kelahiran Sarawak itu berkata, ia banyak membantu dalam memperbaiki mutu permainannya.

“Saya telah menjalani latihan di England selama empat bulan dan ia bukanlah sesi latihan yang mudah tetapi kami perlu menjalaninya dalam masa yang suntuk,” kata Sanjay lagi.

Pasukan skuasy negara akan menyertai kejohanan Sirkit Skuasy Jelajah Dunia (SSJM) yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada 18 hingga 22 Mei sebagai persediaan terakhir sebelum menghadapi Sukan SEA.



iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan