Keputusan Wildcard Chong Wei Diketahui Sebelum 14 Mei

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 5:29 PM

Pengerusi XOX Berhad Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (empat, kanan) menyatakan sesuatu sambil disaksikan oleh Chong Wei (tiga, kanan), Mohamad Norza (empat, kiri) serta ahli-ahli XOX Mobile dan pemain badminton yang lain pada Majlis Pembaharuan Tempoh Penajaan Antara XOX Mobile Dengan BAM, Selasa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keputusan pemberian tiket wildcard Kejohanan Badminton Dunia kepada Datuk Lee Chong Wei hanya akan diketahui sebelum 14 Mei ini.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, keputusan berhubung perkara itu akan dibuat Persatuan Badminton Dunia (BWF).

"Kami sudah kemuka permohonan, jadi kami dan pihak BWF akan mengumumkan keputusan itu sebelum 14 Mei ini.

"Sekiranya gagal untuk mendapatkan tiket wildcard untuk Chong Wei kami terpaksa memilih dua daripada tiga pemain untuk beraksi pada kejohanan dunia nanti," katanya.

Mohamad Norza ditemui pada sidang media majlis pembaharuan penajaan tahun kedua di antara XOX Mobile dan BAM di Menara Lien Hoe di sini, Selasa.

Kejohanan Badminton Dunia bakal berlangsung pada Ogos depan di Jakarta, Indonesia.

Dalam pada itu, keputusan mengenai pemilihan calon pemain yang bakal bertanding di Jakatra sekiranya keputusan tidak memihak kepada Chong Wei masih belum diputuskan buat masa ini.

Bagaimanapun, pihaknya akan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu selepas BWF membuat keputusan berhubung tiket wildcard.

"Sebarang keputusan mengenai pemain negara akan dibuat selepas kami menerima jawapan daripada pihak BWF," jelasnya.

Tiga pemain dijangka beraksi pada Kejohanan Badminton Dunia pada Ogos nanti iaitu Chong Wei, Chong Wei Feng, serta Juara Kejohanan Junior Asia 2011, Zulfadli Zulkifli.


Tags / Kata Kunci: wildcard , Lee Chong Wei , BAM , BWF

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan