Serena Pertahan Rekod Tanpa Kalah - Raket | mStar

Serena Pertahan Rekod Tanpa Kalah

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 11:13 AM

(Ubah saiz teks)

SERENA Williams menambah rekod kemenangannya kepada 25 perlawanan setelah menewaskan rakan senegara, Sloane Stephens 6-4 6-0 pada pusingan kedua WTA Miami.

Pemain nombor satu Amerika itu berjaya memenangi set pertama yang sengit sebelum menang mudah pada set kedua dengan catatan masa selama 58 minit.

"Dia merupakan pemain yang kuat kerana saya tidak pernah menang 6-0 semasa menentangnya dan saya tidak rasa mampu melakukanya lagi selepas ini.

"Hari ini (Isnin) saya fikir ini adalah salah satu sebab saya suka bermain di gelanggang tanah liat kerana ia memberikan banyak peluang untuk mendapat mata dan bermain dengan cara saya sendiri.

Dalam pada itu, pemain pilihan kelima, Caroline Wozniacki mara ke pusingan ketiga selepas menundukkan Christina McHale 7-5 6-0.

Tags / Kata Kunci: Serena Williams , WTA Miami , Sloane Stephens
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan