Arif Layak Berada Dalam Skuad Sukan SEA - Frost

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 11:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain bebas, Mohamad Arif Abdul Latiff adalah antara 20 pemain yang terpilih menganggotai skuad negara pada Sukan SEA di Singapura, Jun ini.

Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berkata Mohamad Arif telah menampilkan prestasi memberangsangkan dalam acara perseorangan lelaki dalam kejohanan yang disertainya sejak Januari tahun ini. 

"(Pemilihan) ini menunjukkan saya bersikap terbuka. Saya mempertimbangkan bukan sahaja pemain BAM, malah pemain dari luar (BAM) juga. Jika mereka memiliki kualiti, mereka layak berada dalam pasukan.

"Arif bermain baik, lebih baik daripada sesetengah pemain BAM bukan sahaja semasa pemilihan tetapi dalam beberapa kejohanan sejak Januari lepas," katanya kepada pemberita di pejabat BAM di Bukit Kiara di sini, Selasa.

Frost mengumumkan 20 pemain, yang masing-masing terdiri dari 10 pemain lelaki dan wanita pada temasya dwitahunan itu di Singapura.

Selain Mohamad Arif, turut disenaraikan dalam acara perseorangan lelaki ialah Chong Wei Feng, Datuk Lee Chong Wei dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin.
|
Dalam kategori wanita, pemain yang terpilih ialah Tee Jing Yi, Ho Yen Mei,Lim Yin Fun dan pemain berusia 15 tahun Goh Jin Wei dalam acara perseorangan wanita.

"Kami memilih pemain muda, Goh Jin Wei. Beliau akan membuat penampilansulung dalam pasukan senior kebangsaan dan saya teruja untuk melihat beliau beraksi dalam acara individu dan berpasukan," kata Frost.

Sementara itu, dalam kategori beregu, Frost memilih Goh V Shem/Tan WeeKeong dan Teo Kok Siang/Mak Hee Chun untuk bersaing dalam acara beregu lelaki, manakala Vivian Hoo/Woon Khe Wei dan Amelia Anscelly/Soong Fie Cho akan beraksi dalam acara beregu wanita. Pasangan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying dan Tan Aik Quan/Lai Pei Jing pula akanbersaing dalam acara beregu campuran.

Mengulas mengenai sasaran pada Sukan SEA 2015, Frost optimis kedua-dua pasukan lelaki dan wanita mampu memenangi pingat, manakala dalam acara individu, beliau menyasarkan sekurang-kurangnya empat pemain mara ke perlawanan akhir.

"Pada masa ini, kita perlu menerima hakikat bahawa tahap kita tidak terlalu tinggi, namun yang lebih penting, saya mahu mereka komited dan menampilkan prestasi yang baik.

"Sudah semestinya saya mahu melihat komitmem mereka dalam usaha mencapai penghargaan kepada negara. Dan, sudah tentu untuk memenangi seberapa banyak pingat emas," katanya.

Dalam perkembangan lain, Frost berkata BAM menyasarkan sekurang-kurangnya skuad negara mara ke suku akhir pada Piala Sudirman yang akan berlangsung di Dongguan, China dari 10 hingga 17 Mei.

"Saya berharap skuad negara layak ke suku akhir," katanya.

Chong Wei akan mengetuai cabaran negara pada Piala Sudirman bersama-sama Cheam June Wei dalam acara perseorangan lelaki; Tee Jing Yi dan Lim Yin Fun (perseorangan wanita); V Shem/Wee Kiong dan Teo Kok Siang/Mak Hee Chun (beregu lelaki); Vivian/Khe Wei dan Amelia/Fie Choo (beregu wanita) dan Chan PengSoo/Goh Liu Ying dan Wong Fai Yin/Chow Mei Kuan (beregu campuran). 

Malaysia diundi dalam Kumpulan 1D bersama-sama Korea Selatan dan India. 

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan