Roger Federer Juara Terbuka Istanbul

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2015 3:28 PM

(Ubah saiz teks)

ROGER Federer berjaya memenangi kejuaraan pertamanya di gelanggang tanah liat selepas menundukkan Pablo Cuevas 6-3 7-6 (11) di kejohanan sulung Terbuka Istanbul pada Ahad.

Pemain tenis nombor dua dunia itu merangkul gelaran Jelajah Dunia ATP ke-85 nya untuk mengakhiri kemarau panjang di gelanggang tanah liat sejak kejohanan Madrid Masters pada 2012.

"Sudah lama sejak saya memenangi kejuaraan di gelanggang tanah liat.

"Ia merupakan satu keseronokan untuk bermain di sini," kata Federer yang menerima sorakan kuat daripada penonton sepanjang kejohanan tersebut.

Selepas berjaya memenangi set pertama dalam masa 33 minit, Federer kelihatan sukar untuk menundukkan Cuevas yang menyelamatkan empat mata perlawanan.

"Saya rasa perlawanan tersebut sepatutnya disambung kepada set ketiga," kata Federer lagi.

Pemain dari Switzerland itu berjaya memenangi kejuaraan di 19 negara.

Tags / Kata Kunci: Roger Federer

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan