Chong Wei Tidak Sabar Beraksi Di Dongguan

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2015 4:43 PM

Lee Chong Wei

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Meskipun lapan bulan tidak beraksi, bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei lebih yakin dan bersemangat untuk mempamerkan aksi kompetitif pada kejohanan Piala Sudirman di Dongguan, China, 10 hingga 17 Mei ini.

Chong Wei yang berada pada kedudukan ke-45 dunia menyifatkan penampilan pertamanya itu sangat berbeza kerana beliau lebih bersedia daripada aspek mental dan fizikal.

"Kejohanan semakin hampir, saya lebih bersemangat sebab lama tidak beraksi, perasaan memang berbeza, dulu, dalam sebulan saya ada dua kejohanan, jadual padat, saya berasa penat.

"Sekarang masalah semua sudah selesai jadi tidak terlalu tertekan untuk beraksi pada Piala Sudirman nanti. Pasukan perlu yakin boleh melakukan yang terbaik di Dongguan," katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini, Isnin.

Selaku ketua pasukan, Chong Wei meletakkan sasaran suku akhir pada kejohanan itu nanti dan mengingatkan pasukan negara supaya berwaspada dengan pasukan India dan Korea Selatan.

Chong Wei dan pemain pelapis, Cheam June Wei disenaraikan bagi perseorangan lelaki pada kejohanan tersebut.

"Sekarang corak latihan pemain perseorangan lelaki sudah berubah, pemain junior (June Wei) diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab bagi Piala Sudirman dan mereka perlu menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pengalaman dan meningkatkan prestasi," katanya.

Selain Chong Wei dan June Wei, turut tersenarai menyertai kejohanan itu  ialah pemain perseorangan wanita Tee Jing Yi dan Lim Yin Fun (pemain pelapis), pasukan beregu lelaki pula terdiri daripada Tan Wee Kiong, Goh V Shem dan Mak Hee Chun (pemain pelapis) serta beregu wanita diwakili Vivian Hoo, Woon Khe Wei dan Amelia Anscelly (pemain pelapis).

Beregu campuran membariskan gandingan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Wong Fai Yin-Chow Mei Kuan untuk kejohanan itu.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan 1D bersama-sama juara tiga kali, Korea Selatan, dan India. Skuad negara akan berlepas ke China pada Rabu ini.

Pencapaian terbaik negara bagi Piala Sudirman ialah tempat ketiga di Guangzhou, China pada 2009.


Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Dongguan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan