Tiada Tindakan Ke Atas Pembekal Cordyceps - Khairy

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 8:35 PM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada tindakan undang-undang ke atas pembekal suplemen Cordyceps dicemari dengan dexamethasone, yang menyebabkan bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal ujian doping.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata bahan itu, yang diklasifikasi sebagai bahan terlarang oleh Agensi Anti Doping Sedunia (WADA) boleh diguna di luar pertandingan.

"Tidak, tak juga...Dexamethasone dibenarkan di luar pertandingan dan saya tidak rasa pembekal ubat itu sengaja meletakkannya kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Ia hanya kebetulan...tidak ada niat pada sesiapa pun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan ASEAN Village di sebuah pusat beli-belah di sini, Khamis.

Pemain berusia 33 tahun itu digantung lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana kesalahan doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.

Bagaimanapun, hukuman penggantungan yang berkuat kuasa 30 Ogos tahun lepas itu berakhir hari ini.

Beliau didapati melakukan kesalahan antidoping di bawah peraturan 2.1 Peraturan Antidoping BWF 2009.

Menurut laporan 12 halaman panel pendengaran BWF, sumber bahan terlarang itu berkemungkinan besar terkandung di dalam kapsul gelatin suplemen Cordyceps, yang diambil oleh Chong Wei sejak beliau berumur 13 tahun atas nasihat ibunya.

Sementara itu, Khairy menghormati keputusan Chong Wei untuk merahsiakan pembekal suplemen tersebut.

"Chong Wei minta melindungi identiti individu tersebut...Ya saya kenal siapa orang itu," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan