Sukan SEA: Tarikh Tutup Menghantui BAM

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2015 5:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berharap keputusan kes doping Datuk Lee Chong Wei dapat diketahui secepat mungkin memandangkan tarikh tutup penyertaan pemain pada Piala Sudirman danSukan SEA semakin hampir.

BAM sudah mempunyai rancangan untuk menyenaraikan Chong Wei, 33, pada Piala Sudirman di Dongguan, China dari 10 hingga 17 Mei ini dan temasya Sukan SEA di Singpura dari 5 hingga 16 Jun ini.

Bagaimanapun, tarikh akhir penyertaan pemain pada Piala Sudirman ialah Isnin ini manakala pemain berpasukan dalam Sukan SEA masih boleh disenaraikan pada Jun ini.

Dalam keadaan terdesak mengejar tarikh tutup penyertaan, Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dapat mengeluarkan keputusan Chong Wei minggu ini.

Mengikut perkiraan tempoh tiga minggu selepas perbicaraan kes Chong Wei di Amsterdam pada 11 April lepas, bekas pemain nombor satu dunia itu bakal mengetahui nasibnya sebelum 2 Mei ini.

Norza berharap BWF dapat memberikan keputusan kes doping Chong Wei dengan secepat mungkin sebelum BAM dapat membuat strategi lain dalam menghadapi dua kejohanan itu.

"Kehadiran Chong Wei sangat penting dalam memberikan semangat kepada pasukan negara di Sukan SEA dan juga kontinjen negara secara keseluruhan," katanya kepada pemberita di Institut Sukan Negara (ISN), di sini hari ini Jumaat.

Chong Wei digantung sementara oleh BWF pada 24 November  lepas setelah didapatimenggunakan bahan terlarang jenis 'dexamethasone' pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas. 

Tags / Kata Kunci: BAM , Sukan SEA , Lee Chong Wei

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan