Daren Berehat Di Hospital, Disyaki Demam Denggi

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 2:29 PM

Darren hanya ingin berkongsi gambar tangannya kerana mendakwa mukanya mengalami bengkak ketika ditahan di Hospital Sungai Long, Kajang pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Liew Daren dipercayai dijangkiti demam denggi dan ditahan di Hospital Sungai Long pada Selasa.

Menurut Daren, 27, dia mula demam dan sakit badan sejak Isnin.

"Hari ini, mak bawa saya ke hospital untuk buat pemeriksaan dan hasilnya saya disyaki dijangkiti demam denggi.

"Saya ditahan di hospital ini untuk rawatan lanjut. Harap-harap demam denggi ini tidak terlalu serius," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Jelas Daren, dalam tempoh beberapa hari ini dia terpaksa berehat daripada latihan sehingga keadaannya kembali pulih.

"Saya sebenarnya dalam persiapan untuk menyertai kejohanan di New Zealand hujung bulan ini, namun dengan keadaan sekarang mungkin saya tidak dapat beraksi.

"Apa pun tunggu keputusan daripada pihak pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)," jelasnya lagi.

Sementara itu, Pengurus Besar BAM, Kenny Goh ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima apa-apa maklumat mengenai Daren yang didakwa dijangkiti demam denggi.

"Saya belum terima apa-apa berita mengenai Daren lagi," jawabnya ringkas.

Tags / Kata Kunci: Liew Daren , Demam denggi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan