Lee Chong Wei Sertai Sukan SEA Selepas 10 tahun

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 12:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dijangka akan menyertai kejohanan Sukan SEA buat kali pertama dalam tempoh sepuluh tahun.

Chong Wei bagaimanapun tidak akan bertanding bagi kategori perseorangan di kejohanan itu yang akan berlangsung pada 5 Jun depan di Singapura.

Beliau dijangka akan hanya mengambil bahagian dalam acara berpasukan sekiranya Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menarik balik penggantungan yang dikenakan terhadapnya.

Chong Wei, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing (2008) dan London (2012), digantung sementara oleh BWF selepas didapati menggunakan bahan terlarang jenis 'dexamethasone' pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.

Pada 11 April lalu Chong Wei telah ke Amsterdam untuk menghadiri perbicaraan kes saringan doping tetapi perlu menunggu tiga minggu untuk mengetahui keputusannya.

Sepanjang keriernya, Chong Wei tidak pernah memenangi pingat emas di Sukan SEA bagi kategori perseorangan tetapi itu dianggap tidak penting kerana dia mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Rio De Janeiro tahun hadapan.

"Pingat emas Sukan SEA tidak terlalu penting bagi saya kerana ia tidak memberikan markah bagi meningkatkan kedudukan dalam ranking dunia.

"Saya hanya akan bermain bagi acara berpasukan sahaja di Singapura kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu saya menyertai kejohanan lain," katanya selepas majlis pelancaran telefon pintar Samsung terbaharu, S6 dan S6 Edge pada Jumaat.

Pemain kelahiran Perak itu menjelaskan dia perlu mengumpul mata untuk meningkatkan kedudukannya dalam ranking dunia.

"Apa yang penting adalah Sukan Olimpik dan saya tidak boleh membazir masa kerana ujian kelayakan untuk ke Rio akan bermula pada 1 Mei," katanya.

Pada Sukan SEA di Singapura nanti, acara badminton akan dimulakan dengan kategori berpasukan pada 5 hingga 7 Jun dan diteruskan dengan lima acara perseorangan.

Beliau berharap penyertaannya itu dapat membantu pasukan negara merampas kembali kejuaraan berpasukan dari Indonesia.

Chong Wei merupakan sebahagian daripada pasukan Malaysia yang berjaya memenangi pingat emas di Manila pada 2005.

"Saya merupakan harapan pasukan Malaysia untuk memenangi mata pertama sekiranya layak untuk bertanding dan ia sangat penting dalam meningkatkan semangat pasukan negara," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Sukan SEA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan