China Masters: Cabaran Malaysia Berakhir

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 8:46 PM

Vivian Hoo (kanan) dan Woon Khe Wei Woon (kiri) beraksi pada Kejohanan Badminton China Masters pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton China Masters berakhir selepas dua wakil terakhirnya tersingkir pada peringkat separuh akhir di Changzhou, China.

Beregu wanita pilihan utama, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei kalah mengejut kepada beregu bukan pilihan dari China, Tan Junhua dan Zhong Qianxin, 23-21 dan 21-9 dalam pertarungan selama 39 minit.

Pasangan China itu akan bertemu rakan senegara mereka iaitu Bao Yixin dan Tang Yuanting pada aksi final esok.

Bao dan Tang, yang juga pilihan ketiga kejohanan mengalahkan rakan sepasukan, Chen Qingchen dan Jia Yi Fan 21-17 dan 21-16, dalam masa 39 minit.

Beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying memberikan saingan sengit kepada pilihan utama kejohanan, Liu Cheng dan Bao Yixin dari China sebelum kalah 21-17, 17-21 dan 21-17.

Liu dan Bao akan bertemu bgandingan Indonesia, Edi Subaktiar dan Gloria selepas pasangan itu menewaskan Wang Yilv dan Tang Yuanting dari China 21-17 dan 23-21.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menghantar pemain perseorangan wanita pada kejohanan Grand Prix Emas itu yang menawarkan keseluruhan hadiah wang tunai berjumlah US$250,000 (RM926,990).

Tags / Kata Kunci: Badminton , China Masters

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan