Rangking Lee Chong Wei Menurun

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2015 10:11 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rangking pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kini semakin menurun.

Chong Wei merupakan pemain nombor satu dunia pada penghujung tahun lalu tetapi kini jatuh ke ranking ke 30 daripada 17 dalam senarai rangking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan pada Khamis.

Penurunan kedudukan Chong Wei dalam rangking dunia sudah dijangka apabila dia terlepas aksi kejohanan Terbuka Singapura.

Pemain berusia 32 tahun itu sudah tidak beraksi sejak November tahun lalu berikutan penggantungannya oleh BWF selepas didapati menggunakan bahan terlarang, dexamethasone semasa kejohanan Dunia di Copenhagen Ogos 2014.

Chong Wei tiba di Amsterdam pada 11 April lalu untuk menghadiri perbicaraan mengenai kes doping tersebut tetapi keputusan hanya akan diketahui tiga minggu lagi.

Ketiadaan Chong Wei memberi peluang kepada pemain China, Chen Long untuk mengungguli rangking dunia apabila menjuarai kejuaraan Terbuka England dan Malaysia diikuti pemain dari Denmark, Jan O Jorgensen, bekas pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Lin Dan, dan juara Terbuka India, K. Srikanth.


RANGKING DUNIA

*Pemain Malaysia dalam senarai 100 tertinggi

Perseorangan Lelaki: 30. Lee Chong Wei, 39. Chong Wei Feng, 44. Zulfadli Zulkiffli, 56. Mohd Arif Latif, 61. Liew Daren, 84. Goh Soon Huat, 86. Tan Chun Seang, 98. Iskandar Zulkarnain.

Beregu Lelaki: 33. Goh V Shem-Tan Wee Kiong, 66. Jagdish Singh-Roni Tan Wee Long, 85. Chooi Kah Ming-Teo Kok Siang,91. Low Juan Shen-Ong Yew Sin.

Perseorangan Wanita: : 63. Tee Jing Yi, 70. Lydia Cheah, 83. Sannatasah Saniru

Beregu Wanita: 13. Woon Khe Wei-Vivian Hoo, 22. Amelia Anscelly-Soong Fie Cho, 42. Lee Meng Yean-Lim Yin Loo, 68. Yap Cheng Wen-Joyce Choong Wai Chi, 97. Cheah Yee See-Goh Yea Ching.

Beregu Campuran: 47. Wong Fai Yin-Chow Mei Kuan, 48. Tan Aik Quan-Lai Pei Jing, 51. Tan Chee Tean-Shevon Lai Jemie, 88. Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid-Soong Fie Cho
Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan