Semangat Berpasukan Lebih Penting Dari Pingat - Chong Wei

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2015 6:42 PM

Chong Wei bersama Presiden Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd Lee Sang Hoon (kanan) menunjukkan telefon pintar terbaharu Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge pada majlis bertemu pembeli terawal telefon pintar itu pada Jumaat. Turut hadir Naib Presiden Mobile, IT dan Pengimejan Digital Samsung Lee Jui Siang (kiri).Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong mengutamakan semangat berpasukan daripada mengintai sasaran pingat sekiranya dapat beraksi dalam acara berpasukan pada temasya Sukan SEA Singapura, Jun ini.

Andainya kes doping yang dihadapinya memihak kepada pemain itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil keputusan untuk menyenaraikannya dalam acara berpasukan sahaja.

"(Menang pingat) itu tidak penting bagi saya. Apa yang penting semangat sepasukan perlu kuat khususnya dalam acara berpasukan.

"Jika saya boleh bermain, mungkin saya dapat bantu meningkatkan semangat rakan-rakan saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran penjualan telefon pintar Samsung pada Jumaat.

Pemain berusia 33 tahun itu berkata sekiranya keputusan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membolehkan beliau turun semula ke gelanggang, maka beliau perlu menyertai banyak kejohanan untuk mengumpul mata ke Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil tahun depan.

Chong Wei, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing (2008) dan London (2012), digantung sementara oleh BWF selepas didapati menggunakan bahan terlarang jenis 'dexamethasone' pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.

BWF dijangka mengumumkan keputusan kes doping pemain itu dalam tempoh terdekat selepas mendengar kes itu di Amsterdam, minggu lepas.

Chong Wei berkata beliau perlu mendapat semula rentak permainan selepas digantung sejak November lepas sehingga menyebabkan status sebagai pemain nombor satu dunia terlepas dan kini menjunam tangga ke-30 ketika ini.

"Selepas lama tidak bermain...sejak Sukan Asia 2014, saya memerlukan perlawanan yang kompetitif biarpun misi merampas semula ranking nombor satu dunia bukan mudah.

"Namun, apa yang lebih penting ketika ini ialah persiapan mental bagi menghadapi keputusan BWF," katanya.

Chong Wei berkata sekiranya keputusan BWF memihak dirinya, maka beliau akan menyertai minimun tiga kejohanan utama sebelum menghadapi Kejohanan Dunia di Jakarta dari 10 hingga 16 Ogos ini.

Mulai bulan depan, saya perlu beri tumpuan kepada kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik...bagaimanapun Sukan SEA tidak termasuk dalam senarai ini, katanya.

Dalam pada itu, Chong Wei, selaku duta jenama Samsung, berkata beliau terharu dengan sokongan peminat dan penajanya yang telah menyuntik semangat beliau bagi menghadapi keputusan BWF.

"Mereka tidak putus asa dan terus memberi semangat kepada saya. Saya tahu keputusan (kes doping) sudah semakin dekat dan berharap akan mendapat keputusan yang baik.

"Sokongan dan semangat yang diberikan oleh mereka penting kepada saya sekarang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Samsung

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan