China Masters: Dua Beregu Negara Layak Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2015 10:29 PM

Vivian Kah Mun Hoo (kiri) dan Khe Wei Woon meraikan kejayaan mereka untuk mara ke perlawanan akhir selepas berjaya menewaskan pasangan England di temasya Sukan Komanwel kali ke-20 Glasgow Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua beregu negara iaitu pasangan wanita Vivian Hoo/Woon Khe Wei dan beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton China Masters di Changzhou, China.

Bagaimanapun, beregu lelaki Hoon Thien How/Lim Khim Wah terkandas diperingkat di peringkat suku akhir Jumaat.

Beregu wanita, Vivian dan Khe Wei, selaku pemenang emas Sukan Komanwel 2014, tidak menghadapi masalah untuk mengesahkan slot separuh akhir selepas dengan mudah menyingkirkan beregu Jepun Arisa Higashino/Chisato Hoshi, 21-15 dan 21-11, dalam pertarungan selama 34 minit.

Beregu pilihan utama itu bakal berdepan dengan beregu China, Tang Jinhua/Zhong Qianxin dalam saingan separuh akhir Sabtu.

Beregu China bukan pilihan itu melakukan kejutan dengan mengalahkan pilihan keempat kejohanan dan juga beregu senegara, Chen Hsiao Huan/Lai Chia Wen, 21-13dan 21-10, dalam masa 32 minit.

Dalam pada itu, Peng Soon/Liu Ying menewaskan gandingan Singapura, Chayut Trichart/Shinta Mulia Sari 22-20 dan 21-16 dalam pertarungan selama 42 minit.

Gandingan negara itu bakal berdepan dengan laluan getir apabila menentang beregu utama Liu Cheng/Bai Yixin dari China pada saingan separuh akhir.

Gandingan China itu melangkah ke separuh akhir selepas menundukkan gandingan negara Tan Aik Quan/Lai Pei Jing, 21-19 dan 21-18, pada perlawanan suku akhir.

Sementara itu, Thien How dan Khim Wah, yang baru meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bulan lepas, gagal meneruskan cabaran apabila kalah dengan mudah kepada beregu Taiwan, Liao Min Chun/Tseng Min Hao, 21-16 dan 21-18, dalam perlawanan selama 36 minit. 

Tags / Kata Kunci: China Masters

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan