China Masters: Lapan Pemain Negara Mara Ke Pusingan Seterusnya

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 7:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Lapan pemain Malaysia termasuk wakil tunggal acara perseorangan lelaki mara ke pusingan seterusnya pada Kejohanan Badminton China Masters BWF 2015 di Pusat Sukan Olimpik, Changzhou, China, Khamis.

Bekas pemain perseorangan lelaki negara, Muhammad Hafiz Hashim yang mendapat 'bye' pada pusingan pertama, mudah mengetepikan cabaran Cheng Po Wei dari Taiwan  21-14 dan 21-11 untuk bertemu pemain China, Lin Gui Pu pada pusingan ketiga.

Lin mengesahkan tempat ke pusingan ketiga selepas mengejutkan pilihan keenam Suppanyu Avihingsanon dari Thailand 21-18 dan 21-15. 

Hoon Thien How dan Lim Khim Wah yang membuat penampilan antarabangsa pertama mereka sejak meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bulan lepas, pula layak ke pusingan kedua selepas mengalahkan beregu Singapura Terry Hee Yong Kaidan Hendra Wijaya 21-16 dan 21-18. 

Chooi Kah Ming dan Ow Yao Han juga menempatkan diri ke pusingan seterusnya apabila menumpaskan Liu Wei Chen dan Yang Po Han dari Taiwan 21-18 dan 21-17.

Dalam pada itu, Tan Wee Gieen dan Teo Ee Yi menerima tentangan sengit daripada pasangan Taiwan, Chang Ko-Chi dan Wang Chi-Lin sebelum mencatat kemenangan 21-16, 15-21 dan 21-17.

Satu lagi pasangan negara, Mak Hee Chun dan Teo Kok Siang, bagaimana pungagal mara ke pusingan seterusnya apabila tumpas kepada beregu Jepun, Saeki Hiroyuki dan Taohata Ryota 17-21, 21-15 dan 20-22.

Dalam kategori beregu wanita, Chin Kah Mun dan Chow Mei Kuan kalah 15-21 dan13-21 kepada pasangan China, Tang Jinhua dan Zhong Qianxin.

Empat daripada lima beregu negara, juga mara ke pusingan kedua dalam acara beregu campuran selepas masing-masing memenangi pusingan pertama, manakala Wong Fai Yin dan Chow Kuan Mei ditunjuk jalan keluar selepas tumpas 8-21 dan 13-21 kepada Zheng Si Wei dan Chen Qing chen dari China.

BAM tidak menghantar wakil dalam acara perseorangan wanita pada kejohanan Grand Prix Emas itu, yang menawarkan keseluruhan hadiah wang tunai berjumlah US$250,000 (RM926,990).


Keputusan:

(Nota: Pemain Malaysia kecuali dinyatakan)

Perseorangan Lelaki (pusingan kedua):

Muhammad Hafiz Hashim mn Cheng Po Wei (TPE) 21-14, 21-11

Beregu Lelaki (pusingan perta
ma):

Hoon Thien How/Lim Khim Wah mn Terry Hee Yong Kai/Hendra Wijaya (SIN) 21-16,21-18

Chooi Kah Ming/Ow Yao Han mn Liu Wei Chen/Yang Po Han (TPE) 21-18, 21-17

Tan Wee Gieen/Teo Ee Yi mn Chang Ko-Chi/Wang Chi-Lin (TPE) 21-16, 15-21,21-17

Mak Hee Chun/Teo Kok Siang kk Saeki Hiroyuki/Taohata Ryota (JPN) 17-21,21-15, 20-22

Beregu Wanita (pusingan pertama):

Chin Kah Mun/Chow Mei Kuan kk Tang Jinhua/Zhong Qianxin (CHN) 15-21, 13-21

Beregu Campuran (pusingan pertama):

Tan Aik Quan/Lai Pei Jing mn Tseng Min Hao/Lai Chia Wen (TPE) 21-15, 21-10

Chan Peng Soon/Goh Liu Ying mn Li Junhui/Zhong Qianxin (CHN) 21-13, 21-14

Tan Chee Tean/Lai Shevon Jemie mn Lu Ching Yao/Cheng Wen Hsing (TPE) 22-20,23-21

Chooi Kah Ming/Lee Meng Yean mn Wu Hsiao-Lin/Hsieh Pei Chen (TPE) 21-19, 21-19

Wong Fai Yin/Chow Mei Kuan kk Zheng Si Wei/Chen Qingchen (CHN) 8-21, 13-21 

Tags / Kata Kunci: China Masters

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan