Chong Wei Cergas Untuk Kembali Berjuang - Frost

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 2:12 PM

Morten Frost Hansen.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen percaya Datuk Lee Chong Wei cergas untuk meneruskan pencapaian cemerlang sebaik sahaja pemain itu kembali ke gelanggang.

"Sudah tentu dia tidak tertekan untuk beraksi dalam kejohanan tetapi sudah pasti dia cergas," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sesi latihan skuad negara di Stadium Juara di Bukit Kiara di sini Isnin.

Bagaimanapun, Frost berkata halangan untuk jaguh negara itu untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil bergantung kepada tarikh tutup kejohanan utama akan datang.

"Esok (Selasa) adalah tarikh tutup untuk Terbuka Australia, minggu depan (21 April) untuk Terbuka Indonesia...jadi lebih banyak masa diambil oleh panel pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF), maka lebih banyak tarikh tutup terlepas.

"Harap Chong Wei dapat keputusan baik secepat mungkin," katanya.

Chong Wei, yang kembali ke Malaysia selepas pendengaran tiga ahli panel BWF di Amsterdam, Sabtu lepas, berkata beliau akan memulakan latihan pada Selasa.

Chong Wei, 33, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 di Beijing dan 2012 di London, digantung sementara oleh BWF selepas didapati menggunakan bahan terlarang jenis 'dexamethasone' pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.

Keputusan panel itu dijangka diumumkan dalam masa tiga minggu itu bakal menentukan masa depan bekas pemain nombor satu dunia itu.

Sementara itu, menurut laman web BWF, kuota sebanyak 34 individu diperuntukkan kepada pemain perseorangan lelaki yang menduduki ranking teratas sebelum 5 Mei tahun depan.

Di samping ranking, untuk layak ke Sukan Olimpik 2016, semua pemain perseorangan perlu bertanding minimum tiga kejohanan yang menawarkan mata ranking iaitu semasa tempoh kelayakan Olimpik bermula 4 Mei 2015 hingga 1 Mei 2016.

Antara kejohanan tersebut ialah Piala Thomas dan Uber, Piala Sudirman, Kejohanan Dunia, Sir Super, Grand Prix Emas, Grand Prix, Cabaran Antarabangsa dan mana-mana kejohanan antarabangsa yang diiktiraf oleh BWF.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan