Keputusan Kes Doping Chong Wei Diketahui Tiga Minggu Lagi

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 11:56 PM

Lee Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keputusan pendengaran kes doping jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hanya akan diketahui dalam tempoh tiga minggu lagi.

Tiga ahli panel Persekutuan Badminton Dunia (BWF) masih belum membuat keputusan mengenai sesi pendengaran yang berlangsung secara tertutup selama lapan jam di Hotel Sheraton Amsterdam pada Sabtu.

Namun, keputusan tersebut hanya akan diketahui dalam tempoh tiga minggu lagi.

Chong Wei tiba di Hotel Sheraton, Amsterdam kira-kira pukul 9.24 pagi Sabtu ditemani Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh untuk sesi pendengaran di hadapan tiga panel bebas BWF.

Bekas pemain No.1 dunia itu berdepan hukuman penggantungan selama dua tahun kerana gagal melepasi ujian doping sewaktu menyertai Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos tahun lalu.


Sampel air kencing Chong Wei didapati positif menggunakan bahan terlarang, dexamethasone.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan