Zolkples Harap Chong Wei Bebas, Bantu Prestasi Badminton Negara

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 3:29 PM

Zolkples (kiri) menganggap Chong Wei sebagai anaknya sendiri.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seluruh peminat sukan badminton tanah air pastinya menantikan keputusan positif berhubung kes Datuk Lee Chong Wei berkaitan dengan kegagalan ujian doping yang akan berlangsung di Amsterdam pada Sabtu.

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang mempunyai hubungan rapat dan melihat jatuh bangun bekas pemain No.1 dunia itu turut mengharap keputusan berpihak kepada Chong Wei.

"Secara peribadi, saya menganggap beliau sebagai anak sendiri. Semalam (Khamis) saya ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya memberi kata-kata semangat.

"Sudah tentu sebagai rakyat Malaysia, kita mengharapkan beliau dilepaskan agar dunia badminton negara kembali ceria.

"Jelas kelihatan sejak beliau digantung, prestasi badminton negara terus merundum," katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Zolkples memegang jawatan utama MSN sejak tahun 2007 dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sukan SEA 2017 bermula Disember lalu.

Katanya, pelepasan Chong Wei amat penting kerana beliau dianggap sebagai ikon utama badminton negara.

"Dengan kehadiran Chong Wei ke gelanggang, ia mampu memberi semangat kepada pemain-pemain muda sekaligus sedikit sebanyak mampu mengubah situasi hambar badminton negara pada masa ini," tambahnya.

Chong Wei, 33, digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana gagal ujian doping dan didapati positif 'dexamethasone' pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Ogos tahun lepas.

Naib juara Olimpik Beijing 2008 dan London 2012 itu kemudiannya digantung BWF mulai 11 November lalu sementara menantikan kesnya didengar.

Chong Wei bakal dibantu oleh salah seorang peguam sukan terkemuka dunia, Mike Morgan dalam sesi pendengaran nanti.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan