Perbicaraan Kes Doping: Doakan Saya - Chong Wei

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 10:09 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Doakan yang terbaik untuk saya," itulah permintaan Lee Chong Wei sebelum menghadiri perbicaraan kes penggunaan bahan terlarang terhadapnya.

Chong Wei akan berangkat ke London pada Selasa untuk bertemu peguamnya, Mike Morgan bagi membincangkan beberapa perkara sebelum ke Amsterdam pada Jumaat.

Kes Chong Wei akan dibentangkan dihadapan tiga ahli panel bebas Persatuan Badminton Dunia (BWF) di Amsterdam pada Sabtu.

"Saya akan meninggalkan Malaysia dan saya harap dapat pulang dengan berita gembira," kata Chong Wei yang akan ditemani Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh.

"Saya mengetahui tentang kes ini sejak tujuh bulan (3 Oktober) lalu jadi saya agak berdebar.

"Tolong doakan yang terbaik untuk saya dan apa yang saya inginkan adalah untuk membersihkan nama dan dapat bermain semula secepat mungkin," kata Chong Wei.

Bekas pemain nombor satu dunia itu gagal dalam ujian dadah pada separuh akhir Kejohanan Dunia di Copenhagen Ogos lalu.

Beliau didapati positif bagi penggunaan bahan dexamethasone yang diharamkan dan telah digantung sementara oleh BWF pada 11 Nov.

Juara dua kali pingat perak Sukan Olimpik itu menerangkan dia bertolak lebih awal ke London untuk membincangkan kes tersebut bersama peguamnya.

"Kami berkomunikasi secara online dan saya akan berjumpa dengan Mike untuk berbincang dan menyemak semula dokumen-dokumen berkaitan kes ini sebelum perbicaraan.

"Saya pasti akan mendapat pembelaan yang terbaik," kata Chong Wei.

Chong Wei juga berharap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin supaya dia dapat menyertai saingan Piala Sudirman di Dongguan, China pada 10 hingga 17 Mei.

Ranking Chong Wei jatuh ke tangga ke-16 dunia akibat daripada pergantungan yang dihadapinya.

Pusingan kelayakan bagi Sukan Olimpik 2016 akan bermula pada 1 Mei dan Chong Wei tidak mahu terlepas daripada menyertai pertandingan ini.

Tags / Kata Kunci: BAM , Doping , Badminton

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan