Tengku Mahaleel Kecewa Prestasi Pemain - Raket | mStar

Tengku Mahaleel Kecewa Prestasi Pemain

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 3:28 PM

Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Dr Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata beliau tidak berpuas hati dengan prestasi pemain badminton negara pada kejuaraan Super Siri Premier Terbuka Malaysia.
 
Selepas kekalahan pemain Malaysia di peringkat awal kejohanan, Tengku Mahaleel yakin Malaysia boleh bangkit semula dalam masa dua atau tiga tahun untuk mencapai prestasi peringkat tertinggi.
 
"Saya tidak berpuas hati bukan sahaja kerana kita tidak berada dalam perlawanan itu, malah jika kita berada dalam final, saya tidak akan gembira kerana saya sentiasa bergerak dengan cara tidak pernah berpuas hati untuk bergerak ke hadapan," katanya.
 
Beliau berkata kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara BAM dan Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) untuk bekerjasama dalam program pembangunan sukan itu sempena Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini Sabtu.
 
PBSI diwakili setiausaha agungnya Anton A. Subowo.

Dengan ketiadaan Datuk Lee Chong Wei, pemain Malaysia mempamerkan prestasi yang lemah pada kejohanan itu, disingkirkan pada peringkat awal dan untuk pertama kali, tiada rakyat Malaysia bermain dalam perseorangan lelaki, yang merupakan tarikan utama dalam kejohnan berprestij. 

Harapan terakhir Malaysia berakhir semalam apabila pemain beregu wanita Vivian Hoo dan Woon Khe Wei mengalami kekalahan teruk 21-3 dan 21-10 di tangan pasangan pemain China, Xian Huan-Tian Qing walaupun mendapat sokongan kuat daripada peminat tempatan.

Mengulas keputusan jurulatih beregu wanita Rosman Mansor dan perseorangan lelaki Rashid Sidek untuk menamatkan kontrak dengan BAM, Tengku Mahaleel berkata beliau sangat positif tentang keputusan mereka.

Sementara itu, mengenai MoU itu, beliau berkata, ia merangkumi pelbagai bahagian, termasuk sains sukan dan latihan bersama untuk peserta yang berpotensi tinggi di bawah 19 tahun.

"Selain itu, kita juga berfikir untuk mewujudkan liga antara dua negara, "katanya.

Tags / Kata Kunci: Tengku Mahaleel Tengku Ariff , BAM
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan