Murray Melangkah Ke Final Terbuka Miami

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 7:05 AM

Andy Murray.

(Ubah saiz teks)

ANDY Murray menewaskan Tomas Berdych dengan straight set untuk mara ke final Terbuka Miami dengan mempamerkan aksi bertenaga.

Pemain kelahiran Britain itu menang 6-4 6-4 untuk melangkah ke pusingan final buat kali keempat di Miami.

Murray akan bertemu sama ada Novak Djokovic atau John Isner di final.

Djokovic dan Isner akan berentap di pusingan separuh akhir, awal pagi Sabtu.

"Sejujurnya saya bermain dengan baik pada hari ini, tiada apa yang perlu dipertikaikan.

"Namun tidak dinafikan dia (Berdych) bermain dengan bertenaga dan sukar digugat," kata Murray.

Ketika ditanya seandainya dia akan bertemu Djokovic di final, Murray berkata dia akan beraksi dengan lebih baik dengan menggunakan beberapa taktik yang mampu menyekat setiap langkah pemain Serbia itu.

"Saya akan cuba untuk menjadi lebih agresif, itulah yang saya lakukan pada minggu ini.

"Saya berharap tidak akan melakukan kesilapan pada awal permainan. Corak permainan saya lebih baik berbanding ketika di Indian Wells," katanya.
Tags / Kata Kunci: Andy Murray , Terbuka Miami

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan