Lin Dan - Chen Long Rebut Gelaran Sulung Terbuka Malaysia 2015

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 7:55 PM

Lin Dan buru gelaran pertama Terbuka Malaysia.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara Olimpik dua kali, Lin Dan melangkah kaki ke aksi akhir Kejohanan Terbuka Malaysia selepas menewaskan pemain No.2 dunia, Jan O Jorgensen 14-21 21-19 21-17 pada saingan separuh akhir di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu.


Bintang China berusia 31 tahun itu terpaksa memerah keringat hingga ke rubber-set selepas tewas pada set pertama kepada pemain pilihan kedua dari Denmark itu dalam tempoh 1 jam 19 minit. 

Hanya selangkah sahaja lagi, impian Lin Dan untuk merangkul gelaran pertama Terbuka Malaysia bakal menjadi kenyataan sekiranya dia berjaya menewaskan rakan senegara, Chen Long di pentas akhir pada Ahad.

Chen Long,26, yang menempah tiket ke final dengan menewaskan rakan sepasukan, Wang Zhengming, 21-18 21-16 dilihat berada dalam prestasi kemuncak selepas bergelar juara Seluruh England bulan lalu.

Sebaliknya, jika dilihat pertemuan kedua-dua pemain ini, rekod kemenangan lebih berpihak kepada Lin Dan dengan 7-1.

Sebelum ini Lin Dan meberitahu mahu melengkapkan koleksi dengan gelaran dengan meraih juara Terbuka Malaysia walaupun pernah menjulang trofi Piala Thomas dan Kejohanan Dunia di sini.

Lin Dan atau digelar 'Super Dan' dianggap pemain perseorangan paling hebat sepanjang zaman dengan merangkul gelaran utama badminton dunia seperti Sukan Olimpik (2 kali), Kejohanan Dunia (5) , Piala Dunia, Piala Thomas, Piala Sudirman, Super Siri Masters Akhir, Seluruh England (5), Sukan Asia serta Kejohanan Asia.

Sementara itu, skuad badminton China mendominasi aksi akhir kejohanan tahun ini apabila empat daripada lima acara yang berlangsung menyaksikan ada wakil di setiap acara.

Hanya acara beregu sahaja tiada wakil dari China dengan menyaksikan pasangan Korea Selatan Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong akan bertemu gandingan pemain Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hndra Setiawan.


Empat acara yang didominasi pemain-pemain China:

Beregu campuran  (CHI) - Zhang Nan/Zhao Yunie lwn Xu Chen/ Ma Jin 

Beregu wanita - Luo Ying/Luo Yu (CHI) lwn Chang Ye Na/Jung Kyung Eun (Korea Selatan)

Perseorangan lelaki (CHI)i - Lin Dan lwn Chen Long

Perseorangan wanita Li Xuerui (CHI) lwn Carolina Marin (Sepanyol)

Tags / Kata Kunci: Akhir Terbuka Malaysia , Lin Dan , Chen Long

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan