Kegagalan Skuad Badminton Negara Bukan Kejutan Besar - KJ

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 5:55 PM

Pasangan beregu wanita negara Vivian Kah Mun Hoo dan Khe Wei Woon (kanan) beraksi menentang pasangan dari China Xia Huan dan Tian Qing pada suku akhir perlawanan Kejohanan Badminton Primier Superseries Terbuka Malaysia Maybank 2015 di Stadium Putra Bukit Jalil, Jumaat. Pasangan China menang dengan keputusan 21-3, 21-10.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kegagalan pemain negara melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Malaysia 2015 bukan satu kejutan besar, malah sudah diduga sejak awal.

Beliau berkata, ketiadaan jaguh negara Datuk Lee Chong Wei, jelas memberi impak besar kepada pencapaian pemain Malaysia pada kejohanan tersebut.

"Kita kena sabar dan anggap ini satu transisi, sebenarnya sejak dua, tiga tahun lepas kami sudah tahu, hari ini akan tiba, tiada pemain dapat menggantikan Chong Wei, ini bukan kejutan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Himpunan Belia Menangani Gejala Ekstremisme, di sini, Sabtu.

Saingan pemain Malaysia bagi acara perseorangan lelaki paling mengecewakan apabila buat pertama kali dalam sejarah kejohanan berkenaan, tiada wakil negara daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) layak ke undian utama.

Kekecewaan itu disusuli dengan kegagalan beregu lelaki melepasi pusingan ketiga, sebelum wakil tunggal negara dalam acara beregu wanita Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei, melengkapkan pencapaian malang Malaysia, selepas kecundang di suku akhir, Jumaat.

Khairy meminta peminat agar tidak cepat melatah dengan kegagalan itu kerana beliau yakin kehadiran Pengarah Teknikal Baharu BAM Morten Frost, mampu mencipta sesuatu dalam badminton negara pada masa hadapan.

"Ini realiti dan kita terima, jangan melatah atau melenting, disebabkan itu saya minta BAM ambil Frost, sebab saya dah tahu hari ini akan sampai (kegagalan pemain negara)," katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut mengulas perletakan jawatan dua jurulatih badminton negara Rashid Sidek dan Rosman Razak yang membuat keputusan menyertai kelab swasta.

Katanya, beliau menghormati pendirian kedua-dua jurulatih tersebut, malah Rashid dan Rosman sudah pun memaklumkan kepadanya menerusi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail keputusan mereka itu.

"Mereka telah sampaikan keputusan mereka kepada saya melalui Shapawi, mereka buat keputusan untuk tinggalkan BAM dan tidak menerima tawaran oleh MSN sebab mereka nak berkhidmat dengan kelab swasta," katanya.

Khairy berkata, walaupun Rashid dan Rosman tidak bersama BAM, kedua-dua jurulatih itu tetap menyumbang kepada badminton negara apabila bakal membimbing sebuah kelab tempatan yang turut dibarisi bekas pemain kebangsaan, Arif Latif.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , badminton , Morten Frost

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan