Masih Sukar Percaya Muncul Pemain Nombor Satu Dunia - Saina

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 10:45 PM

Saina bakal menduduki tangga pertama pemain badminton wanita dunia.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain wanita perseorangan India, Saina Nehwal teruja untuk melihat namanya tertera sebagai pemain ranking nombor satu dunia apabila Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengeluarkan senarai ranking terbaharu, Khamis.

Saina muncul sebagai wanita pertama negara itu menduduki ranking nombor satu dunia dalam sejarah sukan badminton selepas menjuarai Kejohanan Terbuka India di New Delhi, Ahad lepas.

Pemain berusia 25 tahun itu menjuarai gelaran itu selepas mengalahkan bekas juara dunia, Ratchanol Intanon dari Thailand dengan keputusan staright set 21-16 dan 21-14 pada final.

Sebelum final, Saina sudah mencapai status nombor satu dunia apabila mengalahkan pemain Jepun, Yui Hashimoto 21-15 dan 21-11 pada perlawanan separuh akhir.

Saina merupakan pemain badmiton kedua India dinobatkan sebagai jaguh nombor satu dunia selepas pencapaian Prakash Padukone dalam kategori lelaki pada 1986.

"Saya tidak begitu memikirkan ranking nombor satu dunia semasa Terbuka India. Saya hanya memikirkan gelaran Terbuka India apabila layak ke final buat julung kali selepas empat tahun," katanya kepada pemberita pada Kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia di sini, Rabu.

"Dia India, sukan kriket begitu popular...dan saya tidak dapat bayangkan apabila stadium badminton penuh dengan penonton yang hebat dan memenangi kejuaraan di hadapan mereka adalah sau pencapaian yaang bermakna sekali," katanya.

Saina, yang menyifatkan prestasi semasa yang konsisten itu sebagai impian luar dugaan, membuka langkah kanan dengan menewaskan pemain Indonesia, Maria Febe Kusumastuti 21-13, 21-16 dalam masa 37 minit.

Beliau akan meneruskan saingan pusingan kedua dengan menentang pemenang pusingan kelayakan, Yao Xue dari China yang sebelum itu mengalahkan pemain Thailand, Busanan Ongbumrungpan 21-11, 11-21 dan 21-15.

Selain Saina, wakil India yang melepasi pusingan pertama ialah pemain perseorangan lelaki iaitu juara Terbuka India, K. Srikanth yang mengalahkan pemain England, Rajiv Ouseph 21-10, 15-21, 24-22.

Parupalli Kashyap mengalahkan pemain Korea Selatan, Lee Dong Keun (21-15, 11-21, 21-14) dan H.S.Prannoy yang mengalahkan Scott Evans dari Ireland dengan 22-20 dan 21-18.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Saina , badminton , Ratchanol Intanon

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan