KPI Untuk Jurulatih BAM Mulai 1 April

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 10:27 PM

Mahaleel

Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mulai 1 April ini, prestasi jurulatih Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan dinilai menerusi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di bawah program penstrukturan baharu organisasi itu.

Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata pengenalan KPI itu adalah sebahagian daripada usaha penstrukturan yang dicadangkan oleh Pengarah Teknikal baharunya, Morten Frost Hansen.

"Pada amnya, kami amat berpuas hati dengan pembentangan Frost dan kami setuju dengan cadangannya.

Jurulatih BAM akan diberi kontrak baharu dengan KPI.

"Selain itu kontrak pemain dan soal kebajikan pemain juga akan dikaji semula serta gaji dan pendapatan jurulatih dan pemain akan diselaraskan semula,"  katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco BAM, di sini Khamis.

Sementara itu, Frost berkata di bawah penstrukturan baharu, keputusan akan dibuat secara kolektif selepas perbincangan dalam kalangan jurulatih dan pihak pengurusan.

Selain itu, katanya, semua jurulatih akan melaporkan kepada beliau dan tidak ada lagi ketua jurulatih untuk pemain.

Beliau berkata semua jurulatih akan menerima kontrak selama dua tahun tetapi akan dikaji semula setiap enam bulan.

"Apabila kita menetapkan sasaran untuk pemain, sudah pasti ia turut menjadi sasaran sama untuk dicapai oleh jurulatih," katanya.

Frost berkata sekiranya pihak pengurusan mahu menamatkan kontrak jurulatih atau jurulatih mahu meletak jawatan, kedua-dua pihak perlu memberi notis tiga bulan berbanding tempoh sebulan sebelum ini.

Beliau juga mengesahkan bahawa BAM akan mengambil empat lagi jurulatih baharu bagi mengisi kekurangan tenaga jurulatih yang dihadapi oleh persatuan itu.
Tags / Kata Kunci: BAM , KPI

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan