Wimbledon: Nadal Kembali Sertai Acara Kelab Queen

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 12:17 PM

(Ubah saiz teks)

RAFAEL Nadal akan kembali melakukan rutinnya dengan menyertai Kejuaraan Aegon di Kelab Queen sebagai persediaan untuk pertandingan Wimbledon pertengahan tahun ini.

Sebelum ini, Nadal bermain di kelab terkemuka di London itu sebelum bertanding di Wimbledon dan rutin ini dilihat membantu pemain itu menjuarai pertandingan tersebut pada 2008 dan 2010.

Kali terakhir Nadal melakukan rutin tersebut adalah pada 2011 dan sejak itu beliau kurang bernasib baik pada pertandingan Wimbledon, kalah di peringkat awal pertandingan.

Undang-undang percukaian di Britain juga antara alasan Nadal untuk berhenti menyertai acara di kelab tersebut.

Pertandingan di kelab tersebut juga disertai pemain handalan seperti Andy Murray; juara Aegon 2014, Grigor Dmitrov dan  juara Terbuka Amerika Syarikat, Marin Cilic.

"Saya gembira untuk kembali ke sana kerana ia mempunyai acara menarik. Saya sentiasa seronok disana kerana suasana dan gelanggangnya sentiasa dalam keadaan terbaik.

"Saya cuba menukar rutin dengan menyertai acara di Halle tetapi keputusannya kurang memuaskan dan kini saya kembali ke sini (Queen) kerana gelanggangnya lebih kurang sama dengan Wimbledon," kata Nadal.

Pengarah acara kelab tersebut, Stephen Farrow gembira dengan penyertaan Nadal pada pertandingan tahun ini.

"Rafa antara pemain terbaik dunia dan popular, tentunya ia berita baik untuk Kejuaraan Aegon, selain memberi kepuasan kepada penonton," katanya.

Acara di Kelab Queen tahun ini telah dinaik taraf menjadi ATP 500 dan akan diadakan pada 15 Jun, seminggu lebih awal daripada tarikh biasa untuk memberi masa kepada pemain menyesuaikan diri di gelanggang tersebut.


Tags / Kata Kunci: Rafael Nadal , Kelab Queen , Wimbledon

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan