Harapan Skuad Hoki Kebangsaan Beraksi Di Rio Cerah - Tengku Abdullah

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 11:28 PM

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Berakhirnya kemelut antara Konfederasi Hoki Kebangsaan (MHC) dengan penyerang berbisa kebangsaan Faizal Shaari dilihat akan mencerahkan peluang pasukan hoki kebangsaan melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Rio de Janeiro tahun depan.

Presiden MHC Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang yakin dengan peluang itu dengan kembalinya Faizal menyertai kem latihan kebangsaan, berkata semua pemain perlu kembali fokus pada latihan dan bersatu hati supaya impian itu dapat direalisasikan.

"Peluang untuk beraksi di Rio selepas ini akan lebih cerah, jadi semua pemain kena bersatu hati. Dengan adanya Faizal, mungkin pasukan lawan akan lebih gerun.

"Jadi saya harap Fizal dan pemain yang lain supaya kembali bangkit dan fokus dengan persiapan untuk Sukan Olimpik di Rio de Janeiro," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Diraja, Persekutuan Pengakap Malaysia di Istana Abu Bakar di sini Selasa.

Dalam masa yang sama baginda turut berharap supaya pemain kelahiran Terengganu yang sememangnya terkenal dengan kemampuan menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti itu supaya nekad berubah.

Tengku Abdullah juga mahu semua pemain meningkatkan tahap kecergasan  masing-masing bagi menghadapi semua perlawanan termasuk Piala Sultan Azlan Shah minggu depan di Ipoh.

Faizal sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila menghilangkan diri lebih sebulan daripada menghadiri latihan pasukan hoki kebangsaan.

Ragam pemain itu dikatakan berpunca apabila MHC gagal menjelaskan bonus kemenangan yang dilaporkan tertunggak sejak tahun lepas menyebabkan beliau menghilangkan diri.

Bagaimanapun kelibat Faizal yang pernah berakasi dengan sebuah kelab hoki di India muncul Isnin untuk menjalani latihan dengan rakan sepasukan di Stadium Hoki Tun Razak selepas dipujuk oleh Tengku Abdullah.
Tags / Kata Kunci: Faizal Shaari , Tengku Abdullah , MHC

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan