Tempoh Penggantungan Sementara Sukar Bagi Saya - Chong Wei

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 6:49 PM

Chong Wei (putih) serius meneruskan latihan sepanjang tempoh penggantungannya lima bulan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mengakui tempoh penggantungan sementara selama lima bulan ini, selepas didapati positif kes doping adalah saat yang sukar baginya.

Namun, Chong Wei berkata beliau kini berasa sedikit lega selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menetapkan 11 April ini, sebagai tarikh panel pendengaran kes dopingnya, di Amsterdam, Belanda.

"Bulan pertama selepas mendapat tahu saya positif doping, saya tidak boleh menerima keputusan itu...saya tidak pernah gagal doping sebelum ini.

"Keputusan pada 11 April ini penting untuk perjalanan karier saya. Saya mengharapkan keputusan memihak kepada saya bagi membolehkan saya menyertai Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil.

"Dalam tempoh lima bulan ini walaupun sukar, saya cuba kuatkan diri dan teruskan latihan seperti biasa. Saya perlu pastikan mental dan fizikal saya dalam keadaan baik," katanya kepada pemberita sebelum memulakan latihan di Stadium Juara Bukit Kiara, Selasa. 

Chong Wei kini digantung sementara oleh BWF selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone' ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos tahun lepas.

Chong Wei yang bakal menimang cahaya mata kedua, berkata sepanjang tempoh penggantungannya itu, beliau meluangkan masa bersama isteri Datin Wong Mew Choodan anak sulung, Kingston Lee.

"Saya berterima kasih kepada semua yang memberi semangat kepada saya selama tempoh penggantungan ini.

"Saya harap dapat beraksi di gelanggang dalam masa terdekat," katanya.

Mew Choo yang juga bekas pemain perseorangan wanita negara, sedang mengandung lima bulan. 

Tags / Kata Kunci: BAM , Lee Chong wei , Doping

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan